Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines10 tahanan lolos berjaya ditahan semula

    10 tahanan lolos berjaya ditahan semula

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Imigresen telah mengesahkan 10 pendatang tanpa izin di Depot Tahanan Sementara Imigresen Bidor di Perak yang melarikan diri pada Khamis lepas berjaya ditahan setakat pagi ini.

    Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata pihaknya kini sedang mengesan baki 120 pendatang tanpa izin dengan operasi pencarian diteruskan sehingga kesemuanya diberkas.

    “Lebih kurang 7 pagi tadi, dua orang ditahan di Masjid Batu Melintang apabila mereka datang ke masjid untuk meminta air daripada kariah masjid. Pihak penduduk di sana memaklumkan kepada polis dan ditahan.

    “Sebentar tadi kita dapat satu maklumat lagi, satu tangkapan dibuat di Kampung Orang Asli Sementa. Semua dalam radius 12 kilometer, mereka sudah mula keluar disebabkan ada keperluan untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman,” katanya pada sidang media di Depot Sementara Imigresen Bidor hari ini.

    Beliau berkata perkara itu menunjukkan satu perkembangan yang baik dengan kerjasama daripada pihak polis melibatkan Pasukan Gerakan Am, Pasukan Gerakan Udara, Jabatan Siasatan Jenayah, Unit Anjing, Jabatan Sukarelawan (RELA) semakin ke hadapan bagi membantu mengesan serta menangkap tahanan berkenaan.

    Pada Khamis kira-kira 9.50 malam, 131 pendatang tanpa izin telah melarikan diri dari blok lelaki Depot Tahanan Imigresen Bidor, termasuk seorang yang meninggal dunia akibat nahas jalan raya.

    Sementara itu, Ruslin berkata fokus pencarian tahanan lolos kini difokuskan di penempatan warga asing, masjid, rumah kosong, surau dan perkampungan Orang Asli di sekitar Tapah.

    “Mereka ini (tahanan lolos) berkemungkinan akan meminta bantuan rakan-rakan yang pernah kenal dan keturunan mereka untuk menyembunyikan diri di penempatan haram sekitar Tapah.

    “Oleh yang demikian, orang awam diminta menyalurkan maklumat sekiranya ada individu yang mencurigakan meminta bekalan makanan dan minuman,” katanya.

    ALSO READ:  IGP: Polis tahan warga Israel, rampas enam pistol

    Ruslin berkata tahanan yang lolos kini telah berpecah dan tidak bergerak dalam kumpulan yang besar.

    Beliau telah mengarahkan imigresen di seluruh negara untuk membuat operasi secara besar-besaran kerana sasaran dan radius pencarian tahanan lolos kini diperluaskan.

    “Pada esok sejumlah 100 anggota akan melapor diri di Depot Imigresen Sementara Bidor bagi membantu pengoperasian,” katanya.

    Mengulas mengenai pengoperasian depot itu, Ruslin berkata depot berkenaan kini dikosongkan sepenuhnya dan tiada lagi tahanan ditempatkan di depot terbabit.

    “Sekitar 11 malam tadi, 100 tahanan wanita telah dipindahkan dan mereka selamat tiba di Depot Bukit Jalil serta beberapa depot Negeri lain seperti Lenggeng di Negeri Sembilan dan Kemayan di Johor,” katanya.

    Dalam kejadian Khamis malam, sejumlah 131 pendatang tanpa izin telah melarikan diri dari blok lelaki depot tahanan itu dan seorang daripada mereka meninggal dunia apabila terlibat dalam nahas jalan raya.

    Daripada sejumlah 131 pendatang tanpa izin yang telah melarikan diri dari blok lelaki depot tahanan itu 115 ialah etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts