Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines1,000 warga Bangladesh di penjara: Selaraskan pengambilan pekerja - MP

    1,000 warga Bangladesh di penjara: Selaraskan pengambilan pekerja – MP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata nasib lebih 1,000 warga Bangladesh tanpa dokumen yang ditahan di Malaysia memperlihatkan terdapat keperluan supaya menyelaraskan pemprosesan pengambilan pekerja asing di bawah satu kementerian.

    Lim berkata ini perlu dilakukan kerana lapisan birokrasi membolehkan rasuah berlaku.

    “Sudah tiba masanya kerajaan ikut nasihat meminda undang-undang bagi membolehkan satu kementerian dan bukannya beberapa kementerian yang bertanggungjawab ke atas permohonan, tapisan, pemprosesan dan memperbaharui dokumen yang diperlukan pekerja asing.

    “Semakin banyak birokrasi, semakin banyak peluang untuk rasuah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Semalam, seorang ahli parlimen dari Parti Liga Awami yang memerintah Bangladesh, Tanvir Shakil Joy (gambar atas) berkata bahawa seramai 1,000 warga Bangladesh ditipu untuk bekerja di Malaysia tetapi akhirnya meringkuk dalam tahanan kerana status mereka tanpa dokumen.

    Lim berkata dia turut berdukacita dengan nasib banduan ini dan keluarga mereka di Bangladesh yang kebanyakannya telah ditipu, dieksploitasi, dan diperas dengan harapan untuk bekerja di Malaysia.

    Lompong untuk rasuah?

    “Ramai daripada mereka menjual harta untuk menampung perjalanan ke sini tetapi mereka akhirnya diletakkan di dalam penjara kerana jenayah yang tidak mereka lakukan.

    “Warga Bangladesh ini datang ke Malaysia dengan harapan untuk mendapatkan kerja yang tidak menarik dan bergaji rendah sering dilabelkan sebagai ‘kotor, berbahaya, dan sukar’ (3D) yang sangat sedikit rakyat Malaysia sanggup lakukan,” katanya.

    Menurut Lim, ramai warga asing mengambil peluang untuk bekerja dalam bidang pekerjaan 3D untuk keluar dari belenggu kemiskinan.

    “Persoalan yang sering ditanyakan oleh ramai di antara kita ialah: ‘Bagaimana mungkin pekerja asing tanpa izin ini dibenarkan masuk ke negara kita tanpa pengetahuan pihak berkuasa kita, terutamanya Jabatan Imigresen Malaysia?’

    “Mesti ada beberapa kelemahan dan rasuah yang terlibat, dan pesalah yang membawa mereka ke sini atau memudahkan kemasukan mereka mesti, oleh itu, menghadapi kemarahan undang-undang sepenuhnya.

    ALSO READ:  Speaker: Hanya tiga MP minta tukar kerusi

    “Tambahan pula, melainkan jika mereka terlibat dalam aktiviti jenayah, warga Bangladesh yang menjadi mangsa ketidakadilan ini harus dibenarkan memohon jawatan kosong di negara ini dan bukannya membawa masuk pekerja baru,” kata Lim.

    Katanya lagi, meletakkan mereka di sebalik jeriji besi hanya akan membebankan sumber penjara.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts