Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines1,020 permohonan semakan Akta Hukuman Mati selesai difailkan

    1,020 permohonan semakan Akta Hukuman Mati selesai difailkan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Penjara Malaysia telah menyelesaikan semua 1,020 permohonan semakan semula di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 [Akta 847].

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata penyelarasan pemfailan untuk proses semakan ini telah dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) bagi memastikan proses semakan itu dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

    “Bagi tujuan ketelusan pula, carta alir proses semakan ini telah juga dimuat naik di laman web dan semua media sosial BHEUU, JPM pada 12 September 2023 dan terbuka untuk panduan umum,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

    Beliau berkata seterusnya, di peringkat Pengurusan Kes di Mahkamah Persekutuan pula, peguam yang dilantik untuk mewakili banduan bagi proses semakan ini akan juga dibekalkan dengan dokumen asas perbicaraan seperti kertas pertuduhan, perintah mahkamah dan alasan penghakiman daripada perbicaraan dan rayuan banduan tersebut sebelum ini.

    Katanya setelah pemfailan permohonan semakan di bawah Akta 847 dibuat, sekiranya peguam yang mewakili banduan bagi proses semakan ini memerlukan lebih masa untuk memfailkan apa-apa dokumen sokongan tambahan ataupun untuk menyediakan kes mereka, sebarang perlanjutan masa boleh dimohon kepada mahkamah.

    Ramkarpal berkata keputusan terhadap perlanjutan masa adalah tertakluk kepada budi bicara mahkamah, sepertimana amalan biasa dalam mana-mana kes di hadapan mahkamah.

    Beliau berkata sebarang pemfailan dokumen sokongan tambahan ini tidak akan dihadkan dalam tempoh masa 90 hari yang telah ditetapkan di bawah Akta 847.

    “Setakat 16 November 2023, sebanyak 23 permohonan semakan di bawah Akta 847 telah pun didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, iaitu sebanyak 15 permohonan semakan hukuman mati dan lapan permohonan semakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat,” katanya.

    ALSO READ:  Lau patut disambut baik, dibantu dan dilindungi - PAS

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts