Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines11 kerbau mati akibat ‘gula merah beracun”

    11 kerbau mati akibat ‘gula merah beracun”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kira-kira 11 ekor kerbau ternakan ditemui mati dipercayai akibat diracun di kawasan ladang sawit Lorong Mawar, Kampung Barisan, Linggi, pagi semalam. Penternaknya, G Yoovan Kumar percaya kerbaunya mati setelah diracun. “Semasa saya berada di ladang, saya mendapati sekurang-kurangnya tiga kerbau saya mati. Saya percaya ia telah diracun kerana saya menjumpai satu tong yang berisi gula merah bercampur racun (“bawah”). “Saya juga mendapati kesemua 11 kerbau mati di sekitar kawasan itu, manakala 14 kerbau masih dalam keadaan kritikal,” katanya kepada Malaysiakini.

    Tambahnya, sebanyak 25 ekor lagi masih hilang dan kerugian setakat ini lebih RM250,000. Terdahulu, Yoovan telah membuat satu laporan polis semalam di Balai Polis Linggi. “Saya nak pihak polis menyiasat insiden ini. Insiden ini sangat kejam dan tindakan mesti diambil,” katanya.

    Katanya, pegawai veterinar menjalankan pemeriksaan dan mengambil beberapa organ dalaman kerbau sebagai sampel untuk dihantar ke Jabatan Kimia.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts