Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines13 Mei: Kerajaan digesa tubuh RCI, nyahklasifikasi laporan

    13 Mei: Kerajaan digesa tubuh RCI, nyahklasifikasi laporan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebuah kumpulan yang menyatukan keluarga mangsa tragedi 13 Mei mengulangi gesaan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung rusuhan kaum yang menyaksikan ratusan terbunuh itu ditubuhkan.

    Persatuan Sahabat Warisan Kuala Lumpur dan Selangor (Pesawa) berkata negara perlu mengadakan perbincangan terbuka berhubung insiden terbabit supaya rakyat dapat melupakan persitiwa berdarah yang berlaku pada tahun 1969 itu

    Kerajaan telah mengebumikan lebih 100 mayat mangsa, termasuk beberapa individu tidak dikenali, di kawasan terpencil berkenaan berhampiran Pusat Kawalan Kusta Negara.

    Menurut Tan, persatuan itu akan mengemukakan rayuan kepada kerajaan untuk menubuhkan suruhanjaya berkenaan.

    Terdahulu semasa majlis itu, Tan dalam ucapannya turut menggesa kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim menyahklasifikasi laporan berhubung insiden terbabit.

    Dia berkata adalah penting untuk dokumen itu didedahkan kepada umum supaya rakyat tahu kisah sebenar yang berlaku.

    “Terdapat pandangan yang berbeza berhubung punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.

    “Namun, maklumat yang terdedah kepada umum menunjukkan bahawa dalang sebalik tabir dengan tujuan politik tertentu, telah mengambil kesempatan ke atas syak wasangka antara kaum untuk mencetuskan rusuhan kaum di ibu kota Kuala Lumpur pada 13 Mei. Ia satu konspirasi yang telah lama dirancang.

    “Rusuhan 13 Mei merupakan konflik kaum yang paling mendalam impaknya dalam sejarah sejak penubuhan Malaysia. Meskipun 55 tahun telah berlalu, kejadian ini kekal sebagai luka yang enggan diungkit kebanyakan warga Malaysia sehingga hari ini,” katanya dalam ucapan itu. .

    Tan menegaskan upacara peringatan dan perjuangan Pesawa untuk membongkar kebenaran di sebalik peristiwa 13 Mei bukanlah untuk membuka luka lama atau menyemai lebih banyak kebencian antara kaum.

    Sebaliknya, katanya, mereka berhasrat menjadikan kejadian itu sebagai titik untuk memupuk perdamaian dan perpaduan antara kaum.

    ALSO READ:  Presiden persatuan Muay Thai direman dua hari

    Doa untuk mangsa

    Majlis yang bermula jam 9 pagi itu dihadiri lebih 50 orang termasuk ahli keluarga mangsa 13 Mei, pemimpin-pemimpin agama dan orang ramai daripada pelbagai latar belakang.

    Antara mereka ialah pengasas PSM, Dr Mohd Nasir Hashim; Adun Rawang, Chua Wei Kiat dan ahli akademik, Sharifah Munirah Alatas.

    Selepas ucapan Tan dan Chua, wakil Dr Nasir menyampaikan puisi mengenai peristiwa 13 Mei sebelum sesi doa khas diadakan di tapak berkenaan.

    Pemimpin-pemimpin agama itu terdiri daripada Abdul Halim Akili (imam Masjid Hospital Sungai Buloh), Shi Yong Yi (paderi Fo Guang Shan), K Salladurai (swami Kuil Sungai Buloh Sri Siva Subramaniar), Tang Mun Choong (Persatuan Tao Malaysia), Tung Jing Xian (Dewan Injil Sungai Buloh), dan Nicholas Hoh Jeng Kin (Keuskupan Agung Kuala Lumpur) – bergilir-gilir memimpin doa mengikut agama masing-masing.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts