Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines16 pusat peperiksaan SPM di T'ganu berisiko terjejas akibat banjir

    16 pusat peperiksaan SPM di T’ganu berisiko terjejas akibat banjir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Enam belas pusat peperiksaan di Terengganu yang dijadikan pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikenal pasti berisiko dilanda banjir gelombang keempat. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Pembangunan Profesionalisme) Shafruddin Ali Hussin berkata ia melibatkan 224 pelajar di daerah Hulu Terengganu, Setiu, Dungun dan Besut. Sehubungan itu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) membuat persiapan termasuk memindahkan pelajar ke asrama atau sekolah berdekatan supaya mereka boleh menduduki SPM mengikut jadual yang ditetapkan iaitu bermula 31 Jan hingga 7 Mac 2024.

    “Bagi Terengganu, kami dah kenal pasti 224 pelajar yang akan duduki SPM mungkin hadapi masalah dari segi lokaliti jika banjir berlaku lagi. Bagaimanapun, tindakan telah diambil di peringkat JPNT dan pejabat pendidikan daerah untuk tempatkan mereka pelajar di asrama atau di tempat terdekat dengan pusat peperiksaan untuk pastikan mereka boleh mengambil SPM seperti dirancang,” katanya ketika ditemui selepas operasi pembersihan banjir di Sekolah Kebangsaan Sungai Las, Permaisuri hari ini. Sebanyak 37 sukarelawan Kementerian Pendidikan (KPM) terlibat dalam operasi berkenaan.

    Sementara itu, Shafruddin berkata jumlah kerugian dihadapi sekolah akibat tiga gelombang banjir di Terengganu baru-baru ini dianggarkan sebanyak RM340,000 yang melibatkan kerosakan perabot dan kelengkapan. Perkara itu menurutnya, telah dikemukakan kepada KPM untuk tindakan lanjut dan peruntukan akan disalurkan kepada sekolah terlibat dalam masa terdekat. “Kerugian ini melibatkan kerosakan seperti perabot, pintu … tidak termasuk buku teks dan lain-lain. JPNT dah bawa perkara ini ke KPM, insya-Allah peruntukan akan turun dalam masa terdekat untuk baik pulih apa yang rosak,” katanya.

    Shafruddin berkata secara keseluruhan sebanyak 53 sekolah di lapan daerah di Terengganu terjejas akibat tiga gelombang banjir yang melanda sejak 20 Nov lalu, manakala 79 sekolah pula dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) untuk menempatkan mangsa banjir di kesemua daerah. “Operasi pembersihan di semua sekolah yang terjejas dan dijadikan PPS dijangka selesai hari ini. Cuma di PPS SK Tanjung Pati, Dungun sahaja yang belum siap kerana masih ada mangsa banjir di situ, tapi esok JPNT jangka dah boleh bersihkan dan semua pelajar boleh memulakan sesi persekolahan seperti jadual asal. Terima kasih kepada semua agensi yang membantu dalam operasi pembersihan sekolah di semua tempat.” – Bernama


    ALSO READ:  Puad ingatkan warga emas 'kebal', jangan lupa kes kawan Pol Pot
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts