Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines19 sekolah dikosongkan kerana ancaman bom palsu

    19 sekolah dikosongkan kerana ancaman bom palsu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sembilan belas sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia dikosongkan hari ini susulan ancaman bom palsu.

    Menurut Ketua Polis Negara Razarudin Husain, ancaman bom itu diterima daripada dua akaun e-mel, yang mendorong polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengosongkan sekolah dan menjalankan kawalan keselamatan di premis itu.

    “Namun, tiada sebarang ancaman yang dikesan. Dalam kes ini, siasatan mendapati e-mel ancaman adalah palsu dan tiada bukti kewujudan risiko bom di mana-mana sekolah seperti didakwa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Sekolah yang terjejas termasuk sekolah kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan, sekolah antarabangsa dan sekolah swasta. Tujuh insiden dilaporkan di Selangor, lima di Kuala Lumpur, tiga di Johor, dua di Pulau Pinang, satu di Perak, dan satu di Negeri Sembilan.

    “Siasatan menunjukkan kedua-dua alamat e-mel yang digunakan bagi menghantar ancaman, baru dicipta dan tidak pernah digunakan di mana-mana servis internet.

    “Kandungan asal e-mel ancaman adalah dalam bahasa Malaysia menggunakan aplikasi penterjemah. Kandungan e-mel yang sama dikesan turut pernah dihantar ke 70 buah sekolah di Jamaica pada 12 Nov 2023, juga melalui penyedia perkhidmatan e-mel yang sama.

    “Siasatan turut menjurus sama ada insiden di Malaysia, mempunyai kaitan dengan kejadian di Jamaica yang dipercayai didalangi seorang individu bermasalah yang mungkin pernah mengalami penderaan ketika zaman kanak-kanak dan kurang perhatian, namun mempunyai kepakaran dalam bidang perisian komputer untuk melindungi identitinya,” katanya.

    Razarudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah melalui komunikasi tanpa nama, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan kemudahan rangkaian.

    “Polis memandang serius sebarang bentuk ancaman bom dan akan mengambil tindakan segera bagi menyiasat sebarang bentuk ancaman tanpa gagal.

    ALSO READ:  Sinkhole incident: SAR continues on fifth day

    “Polis yakin dan memberi kepastian bahawa tahap keselamatan pelajar serta gur-guru adalah terjamin di seluruh negara,” tambahnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts