Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines1MDB: Dokumen tidak diserahkan kepada peguam Najib kerana tak relevan - Saksi

    1MDB: Dokumen tidak diserahkan kepada peguam Najib kerana tak relevan – Saksi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak menyerahkan beberapa dokumen perbankan yang diperoleh dari dua negara kepada pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak relevan dengan siasatannya.

    Nur Aida Arifin, 37, berkata dokumen terbabit diterima dari Hong Kong dan Switzerland melalui Bantuan Undang-Undang Bersama (MLA) bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

    Saksi pendakwaan ke-49 itu berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.

    Muhammad Shafee: Kenapa kamu tidak bekalkan kepada pembelaan sama ada ia relevan untuk pembelaan?

    Nur Aida: Saya telah taklimatkan kepada pasukan pendakwaan kes ini dan pendakwaan bersetuju bahawa ia tidak relevan untuk kes ini.

    “Saya terima dokumen dari Switzerland sebanyak enam kali bermula Mac 2019. Dokumen itu saya terima dalam bentuk cakera padat,” kata saksi itu yang juga pegawai penyiasat kes 1MDB.

    Muhammad Shafee: Adakah dokumen dari Switzerland dan Hong Kong diserah kepada pembelaan?

    Nur Aida: Tidak kerana ia tidak relevan dengan kes ini.

    Muhammad Shafee: Maksudnya kamu ada berbincang dengan pihak pendakwaan dan memutuskan dokumen ini tidak harus diberikan kepada pembelaan, betul?

    Nur Aida: Ya.

    Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

    Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 26 Feb ini.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts