Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines2 MP Bersatu sokong Anwar tak akan nyatakan kesetiaan, kosongkan kerusi

    2 MP Bersatu sokong Anwar tak akan nyatakan kesetiaan, kosongkan kerusi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dua daripada tujuh wakil rakyat Bersatu, yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, membayangkan mereka tidak akan melayan arahan bertulis daripada parti untuk menyatakan kesetiaan mereka dalam tempoh 14 hari mengosongkan kerusi.

    Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyifatkan arahan itu sebagai “tiada makna” dan berkata dia tidak akan membalas surat yang dikeluarkan kepadanya.

    “Saya nak tunggu apa tindakan mereka (selepas 14 hari) dan jika berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) pun saya saya akan turun bertanding.

    “Apa yang saya buat adalah mahu menunjukkan tindakan mereka itu tak betul, merosakkan fikiran rakyat dan mengganggu ahli parlimen menjalankan tugas,” katanya seperti dipetik Berita Harian hari ini.

    Syed Abu Hussin juga berkata dia telah merujuk surat itu dengan peguam dan bekas hakim dan dimaklumkan Bersatu membuat kesalahan kerana membuat gangguan dan menghasut rakyat.

    Semalam, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata ahli parti itu perlu membalas surat itu dalam tempoh 14 hari surat dikeluarkan, iaitu pada 17 Mei lalu.

    “Khusus kepada enam orang yang diumumkan untuk menyokong sebelah sana (blok kerajaan), ada beberapa arahan tambahan yang kita berikan kepada mereka,” kata Hamzah.

    Selain Syed Abu Hussin, lima ahli parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan keada Anwar adalah Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Mohd Azizi Abu Naim ( Gua Musang).

    Adun Selat Klang, Abdul Rashid Asari, turut mengumumkan sokongannya terhadap perdana Menteri.

    Sementara itu, Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman dipetik laman Free Malaysia Today sebagai berkata, dia telah menerima surat yang ditandatangani Hamzah yang menggesanya agar mengosongkan kerusi, selepas keahlian partinya dilucutkan berkuat kuasa semalam.

    Suhaili Abdul Rahman

    Suhaili bagaimanapun berkata dia tidak akan berbuat demikian dan akan terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai ahli parlimen.

    ALSO READ:  PM luluskan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040

    Dia juga mendakwa kandungan surat kepadanya, yang dihantar menerusi emel semalam, berbeza dan tiada arahan tambahan seperti yang diterima lima ahli parlimen yang lain.

    “Saya tiada 14 hari itu dan ‘arahan khas’ terus gugur sebab saya bawa mereka ke mahkamah…ikut perlembagaan keahlian akan tergugur secara automatik jika mana-mana ahli berbuat demikian.

    “Jadi sebenarnya sejak Disember tahun lepas, terbukti saya telah jadi Ahli Parlimen bebas kerana saya dipecat sebagai ahli Bersatu angkara membawa kes politik dalaman parti ke mahkamah,” kata Suhaili seperti dipetik, sambil menambah tiada keperluan untuknya mengosongkan kerusi.

    Semalam, Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata pihaknya akan memfailkan notis kepada Dewan Rakyat bagi mengosongkan kerusi enam ahli parlimen tersebut.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts