Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines2 polis antara 4 masih hilang lepas bot karam di Kapit

    2 polis antara 4 masih hilang lepas bot karam di Kapit

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dua anggota polis merupakan antara empat mangsa yang masih hilang dalam insiden bot karam di Sungai Batang Baleh, berdekatan jeti Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Baleh, Kapit petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Kapit DSP Rohana Nanu berkata ketika kejadian, kedua-dua anggota polis terbabit dalam perjalanan dari Kuching ke Ng Tulie, Kapit untuk mengiringi bahan letupan seberat 35 kilogram dan peledak – 1050rds.

    Katanya dua anggota polis yang masih hilang itu ialah Sarjan Jonathan Lambet dari cawangan kebajikan, dan Konstabel Iskandar Ibrahim dari cawangan persenjataan di IPD Kapit.

    Rohana berkata dalam kejadian sekitar 5 petang itu, mereka bersama tiga lagi penumpang menaiki bot dari jeti SK Lepong Baleh.

    “Semasa sampai di tempat kejadian, bot tersebut membelok ke kiri sedikit menuju ke hulu sungai dan menempuh air yang berpusar, menyebabkan ia terbalik dan karam.

    “Seorang mangsa sempat diselamatkan oleh orang awam, manakala empat lagi belum ditemukan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

    Menurut Rohana, operasi mencari mereka disambung hari ini.

    Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Sibu Andy Alie berkata mangsa yang berjaya diselamatkan orang awam itu dikenali sebagai Moses Ngui, 47, manakala dua orang awam yang hilang dikenal pasti sebagai Amerson John Nain dan Jack Balan.

    Ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp malam tadi, dia berkata panggilan mengenai kejadian berkenaan diterima pada jam 5.25 petang.

    Katanya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapit telah tiba di lokasi yang terletak sejauh 13 kilometer itu pada jam 5.45 petang.

    “Menurut saksi, kejadian berlaku sekitar jam 5 petang apabila lima penumpang menaiki bot fiber (dilengkapi enjin sangkut) 30 kuasa kuda,,” katanya.

    ALSO READ:  Saudi Aramco komited perluas fasiliti di Pengerang

    Menurut Andy berkata pasukan bomba kemudian membuat penilaian awal di kawasan lokasi, serta mendapatkan maklumat daripada mangsa yang terselamat dan orang awam.

    “Pasukan bomba membuat pencarian di permukaan air dalam radius satu kilometer dari lokasi mangsa terakhir dilihat.

    “Oleh kerana arus kuat dan keadaan beransur gelap, operasi ditangguhkan pada jam 6.50 petang dan akan disambung esok (hari ini),” tambahnya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts