Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines2 suspek keldai akaun ditahan polis Pulau Pinang

    2 suspek keldai akaun ditahan polis Pulau Pinang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis Pulau Pinang menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berbeza sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian RM46,953 dalam kejadian baru-baru ini.

    Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal, berkata wanita dan lelaki terbabit masing-masing berumur 23 tahun itu dan ditahan di Padang Serai dan Sungai Petani, Kedah pada Selasa lepas bagi membantu siasatan dua kes penipuan terbabit.

    “Berdasarkan siasatan, wanita yang ditahan itu dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mangsa dalam urusan tawaran kerja sambilan tidak wujud membabitkan seorang pelajar wanita berusia 22 tahun.

    “Pelajar itu berminat untuk membuat kerja sambilan secara dalam talian dan telah menekan pautan yang diberikan sebelum membuat 20 transaksi ke dalam akaun bank membabitkan keseluruhan sebanyak RM31,483, namun tidak mendapat sebarang komisen,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Kamarul Rizal berkata siasatan mendapati wanita terbabit menyerahkan kad bank miliknya kepada individu yang dikenali secara dalam talian untuk tujuan pinjaman wang pada Jun 2022.

    Tambahnya suspek lelaki itu pula disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mangsa dalam urusan pelaburan tidak wujud melalui dalam talian melibatkan mangsa seorang juruteknik lelaki berusia 25 tahun.

    Dia berkata mangsa membuat beberapa transaksi ke dalam akaun bank dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM15,470 sebagai pelaburan untuk mendapatkan keuntungan sebelum menyedari diri telah ditipu dan membuat laporan polis di Balik Pulau.

    “Hasil siasatan mendapati suspek telah menyerahkan kad bank miliknya kepada individu yang dikenali melalui dalam talian untuk tujuan sewaan akaun bank sejak awal September tahun lepas.

    “Kedua-kedua suspek direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu,” katanya.

    ALSO READ:  Lepas Coldplay, MP PAS gesa k'jaan batal konsert artis Bollywood

    Sementara itu, dalam perkembangan lain, Kamarul Rizal berkata seorang warga emas adalah antara 19 lelaki yang ditahan polis kerana terlibat dengan kes memiliki dadah dan positif bahan terlarang itu semalam.

    Katanya mereka berusia antara 24 hingga 62 tahun ditahan di beberapa lokasi di sekitar Pulau Pinang.

    Polis turut merampas sejumlah syabu dan heroin daripada tiga lelaki berkenaan yang dipercayai turut menjalankan kegiatan mengedar dadah.

    “Ujian air kencing mendapati 19 orang itu positif pelbagai jenis dadah, seorang daripada mereka yang ditahan merupakan suspek dikehendaki polis bersabit kes dadah dan mempunyai 12 rekod lampau berkaitan narkotik serta jenayah,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts