Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines22 NGO Islam selar fitnah tutup sekolah agama di Selangor

    22 NGO Islam selar fitnah tutup sekolah agama di Selangor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Dua puluh dua NGO Melayu-Islam hari ini mengeluarkan kenyataan bersama yang menyelar penyebaran dakwaan bahawa kerajaan Selangor mahu menutup sekolah agama.

    Diketuai oleh Abim, mereka mengingatkan supaya pihak yang mahu menjuarai isu sebegitu menyemak fakta terlebih dahulu, jujur serta tidak memanipulasi atau mempolitikkan isu berkaitan.

    Mereka juga mengecam penyebaran fitnah untuk membakar sentimen kebencian dalam kalangan masyarakat kerana ia akan mengganggu usaha untuk memartabatkan Islam di negara ini.

    “Dalam masa sama, bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang, kami tegaskan sudah tiba masanya untuk pihak berkuasa bertindak tegas ke atas anasir-anasir yang berupa fitnah hasutan yang tidak berasas seperti ini,” kata mereka.

    Antara NGO yang menandatangani kenyataan itu, ialah Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Teras Pengupayaan Melayu (Teras) serta Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

    Menteri agama Mohd Na’im Mokhtar semalam turut menyifatkan dakwaan itu sebagai berniat jahat.

    Katanya, Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) yang dibangkitkan bermula sejak awal 2021 lagi serta bagi mengelakkan kejadian seperti kebakaran maut di institusi agama sebelum ini.

    Sebelum ini muncul dakwaan Selangor sedang dalam proses menutup ratusan sekolah agama persendirian dan ia dikaitkan dengan DAP.

    Kerajaan Negeri menafikan dakwaan itu dan menegaskan raja pentadbir Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu semua institusi terbabit didaftarkan bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

    Sesebuah sekolah agama persendirian juga dikehendaki mematuhi beberapa syarat keselamatan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts