Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines22 tahun Dr M jadi PM masih cakap macam ini, keluh Menteri

    22 tahun Dr M jadi PM masih cakap macam ini, keluh Menteri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sedia berjumpa dengan bekas perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, jika dia terus meluahkan isu-isu sensitif yang boleh memecahbelahkan perpaduan antara kaum.

    Menterinya, Aaron Ago Dagang berkata kementerian tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang sengaja mencipta ketegangan.

    “Kita tengok kalau dia masih degil, kita jumpa dia.

    “Sekarang dia sudah senyap balik. Saya tak pasti, dia sudah menjadi perdana Menteri selama 22 tahun.Tapi, masih buat kenyataan sebegini,” katanya.

    Aaron Ago Dagang

    Aaron diminta mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa orang India di Malaysia tidak sepenuhnya setia kepada negara kerana mereka masih terikat” dengan negara asal.

    Mahathir dalam wawancara dengan TV dari India berkata seseorang itu harus bercakap dalam bahasa Melayu sebagai bahasa untuk menganggap negara itu sebagai negara sendiri.

    Bercakap kepada pemberita Aaron berkata dia sendiri tidak jelas kenapa Mahathir berkata demikian.

    “Mungkin dia ada masalah peribadi, kita tak tahu, itu kita tak boleh cadang,” katanya selepas merasmikan Majlis Amanat Menteri Perpaduan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

    Sementara itu, Aaron berkata perpaduan rakyat berada pada tahap terkawal.

    “Sebab, masalah utama adalah apabila segelintir individu membangkitkan isu-isu sensitif.

    “(Tahap perpaduan) baik di Sarawak. Masih terkawal di Sabah, cuma ada sedikit isu di semanjung Malaysia.

    “Sebab itu kementerian sering membuat kenyataan media kritik terhadap pihak yang memecahkan perpaduan,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts