Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines23 ditahan terlibat kes tipu tawaran kerja dalam talian

    23 ditahan terlibat kes tipu tawaran kerja dalam talian

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Seramai 23 individu terdiri daripada 12 lelaki tempatan dan 11 warga asing ditahan kerana terlibat dengan penipuan tawaran kerja dalam talian dalam serbuan di dua unit kediaman di Persiaran KLCC di Kuala Lumpur.

    Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka berusia lingkungan 18 hingga 52 tahun itu ditahan dalam serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis Daerah Dang Wangi bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 12.15 tengah malam kelmarin selepas menerima maklumat risikan mengenai kegiatan penipuan berkenaan.

    Menurutnya, warga asing yang ditahan melibatkan warga China seramai dua orang masing-masing lelaki dan wanita selain lima lelaki dan seorang wanita warga Indonesia serta tiga lelaki warga Bangladesh.

    “Hasil siasatan awal mendapati sindiket ini telah beroperasi selama hampir sebulan dan menyasarkan mangsa di luar negara dengan menggunakan aplikasi di media sosial.

    “Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 31 unit telefon bimbit, unit CPU (14), unit monitor (14), unit papan kekunci (10), unit tetikus (10) dan masing-masing satu unit komputer riba, router, modem dan sekeping kad akses,” katanya dalam kenyataan semalam.

    Noor Dellhan berkata sindiket terbabit telah mewujudkan profil peribadi palsu untuk memperdayakan mangsa dengan tawaran komisen yang tinggi.

    “Semakan lanjut mendapati dua individu yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau dan kesemua ditahan telah direman selama empat hari mulai hari ini hingga Ahad bagi siasatan lanjut,” katanya dan kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts