Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines29% keluar mengundi di Pulai, 39% di Simpang Jeram setakat 1 tengah...

    29% keluar mengundi di Pulai, 39% di Simpang Jeram setakat 1 tengah hari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang jeram, masing-masing 29 dan 39 peratus setakat 1 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    Sebanyak 47 pusat pengundian dengan 294 saluran di Parlimen Pulai dan 14 pusat pengundian melibatkan 68 saluran di DUN Simpang Jeram, dibuka daripada pukul 8 pagi sehingga pukul 6 petang.

    Untuk pengundian hari ini, sebanyak 205,810 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat mereka bagi kedua-dua kerusi tersebut.

    Berdasarkan tinjauan Bernama di Pulai pagi tadi, proses pengundian berjalan lancar meskipun cuaca yang pada mulanya cerah dan mendung di beberapa kawasan pengundian, bertukar hujan lebat sehingga kira-kira pukul12 tengah hari.

    Di Simpang Jeram pula, cuaca kekal mendung daripada pagi sehingga tengah hari tadi.

    Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika tinjauan ke pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Indah, memaklumkan bilangan pengundi yang menunaikan tanggungjawab di Parlimen Pulai agak rendah berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts