Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines3 gudang logam tembaga, wayar terbakar

    3 gudang logam tembaga, wayar terbakar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tiga gudang yang digunakan untuk menyimpan barangan terpakai berupa logam tembaga dan wayar di sebuah kilang di Bukit Selambau berdekatan Sungai Petani telah musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 8 malam tadi.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebakaran dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin, berkata kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 10.02 malam dan tiada kecederaan dilaporkan.

    “Pasukan penyelamat telah diarahkan ke lokasi dan apabila mereka tiba di situ, mereka mendapati berlaku letupan seakan bunga api di kawasan kebakaran.

    “Walau bagaimanapun, api berjaya dikawal pada jam 10.02 malam tadi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

    Wan Mohd Hamizi menambah bahawa pasukan khas bahan kimia berbahaya (Hazmat) juga telah dihantar ke lokasi pada malam tersebut dan Tenaga Nasional Berhad turut bertindak mematikan bekalan elektrik di kawasan berkenaan.

    “Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya telah dihantar ke lokasi bersama-sama pasukan dari BBP Sungai Petani, BBP Kulim Hi-Tech dan BBP Yan… turut membantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Selambau, PBS Jeniang, PBS Semeling, PBS Bedong, PBS Sik, PBS Gurun dan PBS Kota Sarang Semut.

    “Operasi pemadaman telah dibahagikan kepada empat sektor yang melibatkan empat gudang.

    “Namun api tidak merebak ke sektor keempat. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts