GLOBAL | Sekurang-kurangnya tiga orang telah terbunuh dan empat lagi cedera dalam insiden tembakan di Siam Paragon Mall di Bangkok hari ini.
Pengarah Pusat Perubatan Kecemasan Bangkok (Pusat Erawan) Dr Yutthana Setthanan mengesahkan bahawa mangsa yang cedera sedang dirawat di hospital tempatan.
Menurut laporan media tempatan, pihak berkuasa telah menahan seorang suspek berusia 14 tahun.
Kejadian berlaku kira-kira pada pukul 4.20 petang (waktu tempatan), yang menyebabkan ratusan pengunjung pusat beli-belah tersebut bergegas dan melarikan diri.
Bangkok Post melaporkan bahawa pasukan khas polis telah berjaya mengesan suspek.
Polis berjaya mengepung suspek di kawasan berdekatan dengan Hotel Siam Kempinski pada kira-kira pukul 5.10 petang, sebelum akhirnya suspek menyerah diri.
-Bernama