Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines300 bakal haji terkandas diminta lapor pada TH, kedutaan Malaysia

    300 bakal haji terkandas diminta lapor pada TH, kedutaan Malaysia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kira-kira 300 bakal jemaah haji yang terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji visa pelancong perlu membuat aduan dan laporan segera kepada Tabung Haji (TH) dan kedutaan Malaysia di Jeddah, Arab Saudi.

    Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata pihaknya akan bekerjasama dengan kedutaan Malaysia di Arab Saudi untuk menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

    “TH akan bekerjasama dengan pihak Kedutaan Malaysia di Arab Saudi untuk membuat siasatan sewajarnya berdasarkan maklumat terperinci daripada para jemaah haji yang terkandas akibat terperdaya dengan tawaran pakej haji.

    “Pihak kami menasihati semua jemaah umrah yang masih berada di Tanah Suci untuk akur dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi kerana ibadah umrah akan ditutup pada 15 Mei 2024 bagi persediaan musim haji”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Tambahnya, peraturan yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi dan TH itu bagi menjamin kebajikan dan keselamatan para jemaah haji pada musim haji.

    Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan TH menyiasat insiden 300 bakal jemaah haji yang dilaporkan terkandas di Makkah selepas tertipu dengan pakej haji murah oleh agensi pelancongan.

    “Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui TH sentiasa memberi peringatan setiap tahun kepada umat Islam di negara ini supaya berhati-hati dengan sebarang pakej murah yang ditawar segelintir agensi pelancongan yang tidak dilesenkan oleh TH,” katanya seperti dilapor Bernama.

    Mohd Na’im berkata, mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji tanpa kelulusan TH boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta tabung Haji 1995 (Akta 535).

    ALSO READ:  823 syarikat swasta tandatangan perjanjian jaminan bank dengan KKM

    Justeru, dia menasihatkan semua mangsa agar menghubungi kedutaan Malaysia di Arab Saudi untuk mendapatkan khidmat bantuan dan nasihat.

    Terdahulu, kira-kira 300 bakal jemaah haji yang telah berada di Makkah terkandas apabila agensi yang menguruskan perjalanan mereka gagal mendapatkan kebenaran untuk mengerjakan haji pada musim ini.

    Kejadian itu disedari selepas mereka mendapati pakej murah yang ditawarkan agensi terbabit menggunakan visa pelancong untuk menunaikan haji.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts