Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines300 penduduk DUN Bukit Permai masih terputus bekalan air

    300 penduduk DUN Bukit Permai masih terputus bekalan air

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kira-kira 300 penduduk di Kampung Sri Muar dan Kampung Agas di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai dekat Kulai setakat semalam masih terputus bekalan air dan hanya bergantung kepada perkhidmatan lori tangki.

    Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Permai Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata mereka merupakan sebahagian daripada lebih 1,000 penduduk termasuk di Gugusan Murni Jaya, Felda Bukit Permai dan sekitarnya yang mengalami gangguan bekalan air menjelang Aidilfitri.

    Mohd Jafni yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri berkata isu bekalan air yang kerap terputus di kawasan terlibat telah berlaku sejak belasan tahun dan lebih kritikal ketika musim perayaan.

    “Untuk sambutan Syawal tahun ini, lebih 1,000 penduduk meraikan Aidilfitri dalam keadaan sukar kerana tiada bekalan air.

    “Ada kawasan yang terputus bekalan air pada malam raya dan ada juga kawasan telah tiga hari tidak ada air seperti di Kampung Sri Muar,” katanya ketika dihubungi semalam.

    Beliau sehubungan itu menggesa agar Ranhill SAJ segera menyelesaikan isu bekalan air yang kerap terputus di kawasan terlibat.

    “Saya amat berharap masalah ini boleh diselesaikan segera. Saya telah berusaha menggunakan segala cara dan kaedah untuk membantu memudahkan segala urusan pihak Ranhill SAJ,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts