Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines326 mangsa 'scam' kerja luar negara diselamatkan

    326 mangsa ‘scam’ kerja luar negara diselamatkan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebanyak 326 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara berjaya diselamatkan dari tahun 2021 hingga 23 Feb lepas, manakala 133 orang masih terkandas di luar negara.

    Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kebanyakan mangsa dibawa ke negara-negara seperti Kemboja, Myanmar, Thailand dan Laos.

    “Daripada kajian yang dijalankan, 73 peratus bekerja sebagai scammer, 12 peratus sebagai petugas khidmat pelanggan, lapan peratus bekerja di kasino dan tujuh peratus menjalankan pelbagai pekerjaan seperti tukang masak dan sebagainya,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Kursus Penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) Zon Sabah dan Sarawak tahun 2024 di sini, hari ini.

    Rusdi berkata antara faktor utama yang membuat mangsa dipengaruhi dan diperdayakan untuk bekerja di luar negara ialah faktor tarikan tawaran gaji lumayan serta mangsa yang hilang punca pendapatan.

    “Mengikut trend semasa, mangsa-mangsa ini terpengaruh dan diperdaya dengan iklan-iklan tawaran pekerjaan di laman sosial contohnya seperti Facebook,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts