Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines36 rakyat Malaysia cedera bas persiaran terbabas di Thailand

    36 rakyat Malaysia cedera bas persiaran terbabas di Thailand

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seramai 36 pelancong Malaysia dilaporkan cedera selepas bas persiaran yang mereka naiki terbabit dalam nahas jalan raya di daerah Bo Phloi, Kanchanaburi, di barat Bangkok, pada semalam (Khamis).

    Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.20 tengah hari (waktu tempatan) ketika sekumpulan rakyat Malaysia berusia antara 4 hingga 70 tahun dalam perjalanan selepas melawat Taman Safari di Kanchanaburi.

    Pemandu bas dan pemandu pelancong, kedua-duanya warga tempatan turut cedera dalam kejadian itu.

    Seorang daripada ahli kumpulan itu, Hisyam Rahim berkata nahas berlaku ketika pemandu bas cuba memotong sebuah lori sebelum hilang kawalan dan terbabas.

    “Ambulans dihantar ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan yang diperlukan kepada mangsa. Kami kemudian dibawa ke Hospital Bo Phlai di Kanchanaburi.

    “Seorang rakyat Malaysia berusia 40 tahun mengalami kecederaan tendon dan menjalani pembezahan di Hospital Paholpolpayuhasena di Kanchanaburi.

    “Seramai 35 lagi rakyat Malaysia yang mengalami kecederaan ringan pulang ke hotel selepas menerima rawatan di hospital,” katanya kepada Bernama.

    Kumpulan itu sedang mengikuti lawatan ke Thailand dari 21 hingga 24 Feb.

    Sementara itu, Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata sebaik menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan, kakitangan konsular kedutaan telah ke Kanchanaburi pada hari yang sama untuk memberikan sebarang bantuan yang diperlukan.

    “Kedutaan akan memberikan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts