Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines4 bulan tiada Menteri KPDN antara kegagalan kerajaan pusat- Ahmad Samsuri

    4 bulan tiada Menteri KPDN antara kegagalan kerajaan pusat- Ahmad Samsuri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK Kemaman | Ketiadaan pengganti bagi mengisi kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dalam tempoh panjang merupakan antara kegagalan kerajaan persekutuan, kata calon Perikatan Nasional (PN) Ahmad Samsuri Mokhtar.

    Selain itu katanya, pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut gagal menyelesaikan banyak masalab dihadapi rakyat.

    “Kita boleh tengok bagaimana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dah empat bulan tidak ada Menteri yang secara langsung bertanggungjawab.

    “Jadi kenapa perkara begini boleh timbul dalam keadaan kita berdepan dengan pelbagai masalah?

    “Sebab itulah rakyat kena hantar mesej yang jelas bahawa kita mahu berikan kemenangan kepada PAS,” katanya kepada media selepas turun berkempen di Unit Daerah Mengundi (UDM) Chukai, hari ini.

    Sementara itu Menteri Besar Terengganu itu juga berkata sokongan pengundi di Kemaman semakin meningkat terhadapnya selaku calon parlimen kawasan itu.

    “Saya rasa benda ini (sokongan) jelas, kita tengok di media sosial, di lapangan, kita tengok pada hari penamaan calon dan sepanjang tempoh selepas diisytiharkan Parlimen ini terbubar, dengan sendirinya pun kita lihat macam mana sokongan itu meningkat dari sehari ke sehari.

    “Ditambah lagi apabila kerajaan di peringkat persekutuan yang ada ini gagal menyelesaikan banyak masalah rakyat seolah-olah tidak ada apa yang berlaku dalam negara kita.

    “Masing-masing cuba lari dan tidak menyelesaikan masalah,” jelasnya.

    Untuk rekod jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) belum diganti selepas kematian bekas menterinya Allahyarham Salahuddin Ayub pada Julai lalu.

    Sementara itu mengulas lanjut mengenai fokusnya di Kemaman Ahmad Samsuri berkata, banyak perkara telah dicapai di kawasan itu.

    Menurutnya ahli Parlimen sebelum ini juga sudah menjalankan tugas dengan sangat baik dengan membawa mesej-mesej dari Kemaman ke Dewan Rakyat.

    ALSO READ:  Anwar jumpa pemimpin Hamas di Qatar

    “Tinggal lagi aspek-aspek yang perlu kita tambah baik, yang perlu kita lihat bagaimana beberapa perkara yang sebelum ini dibuat keputusan di peringkat persekutuan untuk dilaksanakan di Kemaman tetapi tidak dilaksanakan apabila bertukar kerajaan persekutuan lalu dibatalkan projek itu, projek ini.

    “Jadi ini perkara yang perlu dibuat rombakan kepimpinan di peringkat pusat. Sebab itulah kita nak hantar mesej yang jelas ini,” ujarnya yang akan dicabar calon BN Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dalam PRK berkenaan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts