Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines4 Menteri besar PAS dapatkan nasihat Mahathir, Hadi

    4 Menteri besar PAS dapatkan nasihat Mahathir, Hadi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pertemuan Menteri-Menteri besar dari PAS dengan bekas perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kelmarin terus menarik perhatian ramai.

    Berdasarkan gambar dimuat naik beberapa akaun media sosial, pertemuan itu berlangsung di kediaman Mahathir dan disertai semua empat Menteri besar PAS.

    Mereka ialah Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu), Muhammad Sanusi Md Nor (Kedah), dan Mohd Shukri Ramli (Perlis).

    Tidak ketinggalan pemimpin tertinggi PAS termasuk presiden parti itu Abdul Hadi Awang dan setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan.

    Ahmad Samsuri berkata semua empat Negeri yang ditadbir PAS bersama PN itu akan memperkukuh kerjasama antara mereka bagi meningkatkan tahap sosioekonomi, peningkatan hasil Negeri dan kesejahteraan rakyat.

    “Nasihat-nasihat dari Tun Dr Mahathir dan Tuan Guru Ayah Chik (Abdul Hadi) sebagai negarawan akan kami tekuni dan laksanakan dengan segera,” katanya dalam hantaran di Facebook.

    PAS dilihat kian memperkemas hubungan baik mereka dengan bekas Mahathir di sebalik sejarah perseteruan panjang mereka dalam politik sebelum ini.

    Sementara itu individu yang dilihat rapat dengan Mahathir, Khairuddin Abu Hassan, memberitahu dalam pertemuan tersebut PAS diberitahu Negeri mereka berpotensi untuk dibangunkan dengan baik agar setara dengan Negeri lain.

    “Perjumpaan selama satu jam 30 minit ini berjalan dalam suasana yang amat mesra disusuli dengan hidangan minum petang bersama Dr Mahathir,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan kepada media.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts