Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines401 projek naik taraf klinik, fasiliti kesihatan sedang disiapkan

    401 projek naik taraf klinik, fasiliti kesihatan sedang disiapkan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebanyak 401 projek melibatkan menaik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif di seluruh negara sedang disiapkan pada tahun ini dengan kos dianggarkan RM150 juta, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. 

    Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 55 projek naik taraf kesihatan adalah di Sabah dengan kos RM21.5 juta, dan dijangka siap sebelum hujung tahun ini bagi memberikan kemudahan kesihatan lebih baik buat penduduk di Negeri ini. 

    “Kita pastikan ia disiapkan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaria, Tibi dan Kusta Sedunia peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu, semalam.

    Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Asits Sanna. 

    Dalam pada itu, beliau berkata tiga lagi projek sakit di bawah kementeriannya di Sabah telah dikenal pasti iaitu pembinaan Klinik Kesihatan Sikuati di Kudat serta naik taraf Hospital Papar dan Jabatan Pesakit Luar, Hospital Tambunan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts