Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines50% hasil bidaan nombor plat khas kembali pada MOT - Loke

    50% hasil bidaan nombor plat khas kembali pada MOT – Loke

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN | Kira-kira 50 peratus daripada hasil kutipan keseluruhan bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengatakan hasil bidaan tersebut juga akan digunakan untuk membiayai program inisiatif rakyat.

    Loke yang juga ahli Parlimen Seremban menyatakan bahawa perkara ini telah dipersetujui oleh Kementerian Kewangan dan akan bermula awal tahun depan.

    “Kita akan teruskan inisiatif ini, kita akan teruskan penjualan NPI melalui JPJeBit. Kita akan ada tender-tender terhadap nombor-nombor pendaftaran istimewa ini kerana ini juga salah satu cara kita menjana pendapatan,” katanya menjawab soalan Jimmy Puah (PH-Tebrau) ketika sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2024 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, hari ini.


    Mengulas lanjut, Loke berkata pemberian lesen motosikal kelas B2 percuma untuk rakyat golongan B40 antara inisiatif menggunakan hasil penjualan nombor pendaftaran itu. “Umpamanya kita nak tambah bilangan (mereka) untuk mendapatkan lesen memandu B2, yang mana ramai ahli parlimen minta untuk kawasan mereka supaya ditambah latihan-latihan itu diberikan kepada golongan B40 supaya mereka dapat lesen percuma itu,” katanya.


    Dalam perkembangan lain, Loke turut memaklumkan jumlah bayaran pampasan akhir yang akan diberikan kepada waris mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 tertakluk kepada pembuktian kerugian yang dialami oleh setiap penumpang. Loke berkata pembuktikan kerugian ini akan dinilai mengikut prinsip undang-undang dan tertakluk kepada Konvensyen Montreal.

    “Tetapi jumlah itu perkara yang sulit antara syarikat penerbangan dengan keluarga penumpang,” katanya.

    Sebelum ini, pesawat malang MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine setelah dipercayai ditembak jatuh pada 17 Julai 2014. Sementara itu, Loke turut menyentuh mengenai pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lalu. Katanya, kerajaan ada membantu dari segi pemberian bantuan kewangan kepada keluarga mangsa pemandu kereta dan penunggang motosikal yang melalui kawasan itu semasa waktu kejadian.


    Dalam kejadian 2.50 petang, 17 Ogos lalu, 10 lelaki disahkan maut selepas pesawat terbabit terhempas di Elmina. Lapan yang maut ialah penumpang dan dua kru pesawat manakala dua lagi ialah pemandu kereta dan penunggang motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas.

    ALSO READ:  Kehadiran polis 'membayangi' PN luar biasa, kata PAS

    Selain itu, Loke turut memaklumkan rakyat Malaysia tidak berminat untuk berkhidmat dalam sektor perkapalan meskipun pendapatan yang diperolehi agak lumayan.

    Pelaut keluar berbulan-bulan

    Menurut Loke, disebabkan itu kekosongan jawatan sektor terbabit diisi oleh warga asing. “Memang betul pelaut-pelaut (pekerja sektor perkapalan) ini sebenarnya pendapatan mereka agak baik atau gaji yang dibayar kepada pelaut ini adalah tinggi daripada pekerjaan lain.”

    “Tetapi satu perkara yang warga tempatan tidak berminat (bekerja di sektor ini adalah) kerana apabila mereka bertugas mereka perlu berjauhan dengan keluarga, mereka perlu keluar bekerja untuk tempoh yang lama, berbulan-bulan.

    Bagaimanapun, Loke berkata pihaknya terbuka dan mengalu-alukan mana-mana pihak yang berusaha menggalakkan warga tempatan menceburi sektor perkapalan ini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts