Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines50 tan bantuan kemanusiaan dihantar ke Palestin Jumaat ini

    50 tan bantuan kemanusiaan dihantar ke Palestin Jumaat ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kira-kira 50 tan barangan bantuan kemanusiaan bernilai RM7 juta sumbangan pelbagai pihak melalui Ops Ihsan akan dihantar ke Palestin selewat-lewatnya Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar.

    Beliau mengatakan antara barangan yang akan dihantar melalui Mesir ialah ubat-ubatan, barangan keperluan bayi, selimut dan makanan.

    Menurut Mohd Na’im, bantuan kemanusiaan itu diselaraskan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Global Peace Misson (GPM) Malaysia.

    Sementara ini, katanya NGO terbabit sedang menunggu kebenaran daripada kerajaan Mesir untuk menghantar sumbangan melalui pintu sempadan di Rafah.

    “Insya-Allah, apabila sampai di pintu sempadan Rafah, ia akan diselaraskan oleh NGO yang ada di sana untuk pastikan bantuan berkenaan sampai kepada saudara-saudara kita di Palestin,” katanya kepada media selepas melawat pusat pengumpulan barangan bantuan kemanusiaan Palestin di gudang Mapim di Sepang hari ini.

    Pada sesi lawatan tersebut, Mohd Na’im turut menyerahkan sumbangan RM100,000 daripada Lembaga Tabung Haji kepada Mapim bagi pembelian bekalan perubatan untuk rakyat Palestin.

    Pertempuran yang melibatkan Hamas di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa di kedua-dua belah pihak.

    Sementara itu Mohd Na’im turut mengingatkan rakyat negara ini agar tidak mengambil kesempatan atas konflik tersebut untuk menjalankan kutipan sumbangan.

    “Saya beri peringatan ini sebab Allah SWT telah larang, jangan ambil harta orang lain secara batil (palsu). Jangan manipulasi kesusahan orang lain dan ambil peluang untuk buat apa-apa kutipan amal, tetapi guna dana untuk diri sendiri,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts