Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines54 peratus pegawai perubatan tinggalkan sektor awam pada 2022

    54 peratus pegawai perubatan tinggalkan sektor awam pada 2022

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Lebih separuh, iaitu 54 peratus daripada 100,696 pegawai perubatan telah meninggalkan sektor perkhidmatan awam pada tahun 2022 disebabkan menerima tawaran untuk berkhidmat di sektor swasta atau badan berkanun.

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa daripada kajian yang dilakukan, 45 peratus daripada jumlah tersebut telah memilih untuk bekerja di luar negara.

    “Selain itu, 28 peratus daripada pegawai perubatan yang meninggalkan perkhidmatan awam itu disebabkan oleh alasan peribadi, menerima tawaran untuk berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (6 peratus), meneruskan pelajaran (2.7 peratus), membuka klinik sendiri (0.8 peratus) dan 0.5 peratus tidak menyatakan sebarang alasan,” katanya.

    Beliau memberikan jawapan itu ketika menjawab soalan tambahan daripada Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang ingin mengetahui punca sebenar pegawai perubatan berhenti berkhidmat dalam sektor awam semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

    Dzulkefly turut menyatakan bahawa kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memastikan pegawai perubatan kekal dengan sektor awam antaranya dengan menetapkan gaji permulaan pegawai kontrak gred UD41 sebanyak RM5,197, jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding skim perkhidmatan awam lain.

    Selain itu, kerajaan juga telah meningkatkan jumlah pegawai lantikan tetap sebanyak 9,822 orang dalam tempoh 2019 hingga 2023, dengan penambahan sebanyak 6,000 orang lagi untuk tahun 2024 hingga 2025.

    Dzulkefly juga menyatakan bahawa kerajaan telah menyediakan insentif penawaran pengajian kepakaran melalui kemudahan cuti belajar bergaji penuh dengan Hadiah Latihan Persekutuan dan Program Latihan Kepakaran.

    Pada masa yang sama, beliau menyeru semua pihak agar tidak membuat andaian berhubung skim pencen penjawat awam dan menunggu sehingga keputusan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang dilaksanakan pada masa ini diumumkan.

    ALSO READ:  Chicago's first-half February warmest in nearly 150 years

    Beliau juga memberikan jawapan kepada soalan asal daripada Datuk Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus) mengenai peranancangan jangka pendek dan panjang kementerian bagi menarik minat graduan perubatan untuk kekal berkhidmat dalam sektor kesihatan awam negara susulan kajian mengenai penghapusan skim pencen penjawat awam.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts