Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines5,873 tapak 5G siap setakat 30 Sept - Fahmi

    5,873 tapak 5G siap setakat 30 Sept – Fahmi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    PARLIMEN – Sebanyak 5,873 tapak 5G telah siap dibangunkan setakat 30 Sept, dengan perkhidmatan itu kini mencapai 70.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

    Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata bagi jumlah langganan perkhidmatan 5G pula, sebanyak 2.49 juta direkodkan bersamaan 7.4 peratus kadar penembusan.

    “Sehingga kini, enam syarikat pemberi perkhidmatan mudah alih telah menawarkan pelan komersial 5G iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia, YTL Communications dan Yoodo,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau menjawab soalan Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) tentang status pembangunan rangkaian 5G setakat ini dan jumlah langganan yang telah diterima menerusi perkhidmatan rangkaian 5G.

    Fahmi berkata pelaksanaan rangkaian 5G ketika ini sedang giat dijalankan oleh Digital Nasional Berhad dengan sasaran untuk menyiapkan 7,509 tapak 5G di seluruh negara, meliputi 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts