Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines80 peratus majikan terpilih sedia sertai dasar gaji progresif

    80 peratus majikan terpilih sedia sertai dasar gaji progresif

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kira-kira 80 peratus majikan terpilih bersedia untuk menyertai dasar gaji progresif jika ia bersifat sukarela dan memberi ruang kepada majikan untuk meneliti kemampuan kewangan syarikat sebelum menyertai.

    Kementerian Ekonomi menyatakan jumlah peratusan ini diperoleh hasil daripada sesi libat urus bersama majikan terpilih.

    “Penyertaan Dasar Gaji Progresif secara sukarela akan disokong oleh dua ciri lain iaitu bantuan insentif tunai dan kenaikan gaji yang terkait dengan produktiviti.

    “Sokongan kerajaan melalui bantuan insentif akan membantu majikan membiayai kos untuk menyertai dasar ini selama 12 bulan supaya majikan dapat menyesuaikan pelan perniagaan dengan mengambil kira kenaikan kos buruh,” katanya dalam jawapan yang disiarkan menerusi laman web Parlimen bertarikh 30 Nov.

    Kementerian Ekonomi berkata demikian menjawab soalan Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong yang meminta Menteri Ekonomi menyatakan implikasi model Gaji Progresif bersifat sukarela yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan dapat menangani jurang gaji dan kos sara hidup yang tinggi dan apakah peratusan terkini majikan berdasarkan sektor yang telah menunjukkan kesediaan untuk melaksanakan model Gaji Progresif.

    Kementerian itu berkata pelaksanaan Dasar Gaji Progresif secara sukarela adalah untuk memastikan ketersediaan dan kemampuan majikan untuk menerima pakai model gaji progresif.

    “Ini untuk memberi ruang yang mencukupi untuk syarikat bersiap sedia dan melakukan penyesuaian tanpa tekanan kos yang terlalu besar, terutamanya kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana,” katanya.

    Dasar Gaji Progresif akan diperkenalkan untuk menaikkan siling gaji melalui panduan gaji permulaan mengikut jawatan dan kenaikan gaji tahunan secara progresif yang akan mengurangkan jurang gaji.

    Dasar tersebut mempunyai tiga ciri asas iaitu pelaksanaan secara sukarela, berteraskan insentif dan terkait dengan produktiviti.

    ALSO READ:  Gangguan bekalan air 10 hari di Kota Kinabalu, Penampang

    Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan dimulakan dengan projek rintis pada suku ketiga 2024 serta penilaian impak akan dijalankan untuk menilai keberkesanan dan ketersediaan dasar, sebelum Dasar Gaji Progresif dilaksanakan secara menyeluruh.

    Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif telah dibentangkan di Parlimen pada 30 Nov 2023.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts