Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAADK buka ruang luas rawatan, pemulihan sukarela

    AADK buka ruang luas rawatan, pemulihan sukarela

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menjelaskan usaha dan perkhidmatan yang disediakan agensi itu adalah bersifat terbuka dan dan tidak berbentuk paksaan kepada mereka yang memerlukan.

    AADK dalam kenyataan hari ini memaklumkan dua program rawatan dan pemulihan utama disediakan kepada mereka yang terjebak dengan isu penagihan dadah iaitu Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI), yang dijalankan di 30 buah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen); dan Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK).

    “Kedua-dua program ini turut menyediakan kaedah sukarela yang dibuka seluas-luasnya kepada mereka yang memerlukan bantuan tanpa melalui perintah mahkamah seperti yang termaktub dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

    Menurut AADK, mereka yang memerlukan rawatan boleh memilih untuk mengikuti program RPDI di lima Puspen sukarela iaitu Puspen Sungai Besi, Kuala Lumpur; Puspen Jerantut, Pahang; Puspen Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Puspen Bachok, Kelantan; dan Puspen Dengkil, Selangor.

    Manakala bagi program RPDK, yang dijalankan di 108 Pejabat AADK Daerah dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti seluruh negara, peserta bebas berada dalam komuniti dan boleh meneruskan aktiviti harian seperti biasa seperti bekerja dan tinggal bersama keluarga.

    Selain itu, akses kepada rawatan dan pemulihan AADK juga disediakan di 29 buah pusat khidmat AADK seluruh negara dan kebanyakannya ditempatkan di kawasan sekitar penduduk atau berasaskan komuniti.

    Menurut kenyataan itu, proses rawatan dan pemulihan AADK dimulakan dengan membuat penilaian dan saringan tahap penagihan dadah menggunakan instrumen berasaskan kepada pembuktian yang ditadbir urus sepenuhnya pegawai pemulihan AADK terlatih dan tidak menggunakan kaedah ujian saringan air kencing semata-mata.

    “AADK sentiasa mengikut trend semasa berkaitan kes penagihan dadah dan kaedah dari dalam dan luar negara agar langkah pencegahan serta rawatan dan pemulihan yang dilaksanakan seiring dengan perubahan semasa.

    “Sehubungan itu, AADK berpandangan adalah tidak wajar jika ada sesetengah pihak mengatakan usaha dan perkhidmatan yang disediakan AADK ini tidak bersifat terbuka dan dan berbentuk paksaan sepenuhnya,” katanya.

    ALSO READ:  Sistem PADU tak pernah digodam - Fahmi

    Terdahulu, media melaporkan Persatuan Pengasih Malaysia mencadangkan agar penagih dadah diberi pilihan alternatif untuk memilih kaedah pendekatan rawatan dan pemulihan yang sesuai supaya prosedur tersebut dapat berlangsung secara adil tanpa paksaan.

    Presidennya Hafizi Harun dilaporkan berkata, rawatan tersebut biarlah bersifat adil dan ada banyak pilihan supaya mereka tidak dipaksa secara mandatori untuk jangka masa tertentu.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,254FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts