Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAbang Jo: Projek empangan melata akan dipindah jika penduduk bantah

    Abang Jo: Projek empangan melata akan dipindah jika penduduk bantah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelaksanaan projek empangan melata di kawasan pedalaman yang mendapat bantahan penduduk akan dilaksana di tempat lain.

    Abang Johari berkata terdapat laporan bahawa sesetengah pihak membantah pelaksanaan projek itu di kawasan sungai yang berdekatan dengan penempatan penduduk.

    “Jika mereka tidak bersetuju, kerajaan akan beralih ke kawasan lain. Mereka berasa curiga, kalau itu keadaannya kita akan pergi ke tempat lain yang orang mahu.

    “Sekarang kita laksanakan projek tersebut berdekatan Sungai Kanowit dan Song. Di Kapit, mereka berkehendakkan sumber melata ini dan kita ada teknologi baru yang saya sebutkan sebagai elevator tank, ini bergantung kepada teori graviti, maksudnya aliran air itu boleh menjana tenaga,” katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Air Sedunia di Kuching, hari ini.

    Abang Johari juga berkata Sarawak tidak akan menggunakan arang batu dalam penjanaan kuasa di loji tenaga Sejingkat dan Balingian selaras dengan usaha Negeri itu untuk membangunkan tenaga bersih serta mampan.

    Dia berkata penjanaan kuasa menggunakan arang batu akan diganti dengan tenaga berasaskan biojisim yang menyaksikan kuasa dijana boleh mencapai lebih 500MW.

    “Saya rasa (kapasiti loji tenaga) Sejingkat boleh dinaikkan kepada 1GW seperti teknologi yang saya lihat di Stesen Janakuasa Drax di United Kingdom.

    “Drax menggunakan biojisim dan saya kira kita boleh gunakan hasil biojisim untuk menjanakan kuasa,” katanya.

    Sebelum ini, Abang Johari berkata Sarawak akan menggunakan model amalan tenaga mampan seperti Drax dalam usaha meningkatkan keupayaan penjanaan tenaga boleh diperbaharuinya.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts