Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, October 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAbim, Yadim: Keputusan kes Nik Elin tak cabar Islam, mahkamah Syariah

    Abim, Yadim: Keputusan kes Nik Elin tak cabar Islam, mahkamah Syariah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyeru umat Islam di negara ini untuk bertenang dan mengelak daripada berpolemik berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes membabitkan Nik Elin Zurina Binti Nik Abdul Rashid (Nik Elin).

    Merujuk keputusan Mahkamah Perlembagaan membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019, Presiden Abim Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menegaskan kedudukan Islam dan Mahkamah Syariah tidak akan terjejas.

    “Abim menyeru umat Islam di negara ini untuk bertenang dan elak dari berpolemik sehingga ia boleh menimbulkan kegusaran ramai.

    “Kami ingin mengingatkan pendirian Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel hakim dalam kes ini yang menjelaskan bahawa kes ini tidak ada kena mengena dengan kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah di negara, tetapi khusus membicarakan bidang kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN Kelantan) untuk menggubal perundangan yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Ahmad Fahmi (gambar atas) berkata Abim juga menyambut baik kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Haji Mohd Na’im Mokhtar yang telah menggariskan langkah-langkah segera yang akan diambil oleh kerajaan untuk menanggapi keputusan kes ini dan seterusnya meningkatkan usaha memperkasa mahkamah syariah.

    “Kami juga sedia terlibat-sama menjayakan sebarang usaha reformasi hal ehwal pentadbiran agama Islam melalui Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Negara Zaki Azmi,” katanya.

    Sementara itu, Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Hasanuddin Mohd Yunus pada satu kenyataan lain turut berkongsi pandangan sama bahawa apa jua keputusan tersebut tidak akan melemahkan Mahkamah Syariah sebaliknya keputusan itu akan memberikan satu titik kepastian mengenai kompetensi DUN untuk menggubal sesuatu undang-undang berkaitan agama Islam.

    ALSO READ:  Adopt floating holidays concept in Malaysia, Madani government urged

    “Kami percaya bahawa sistem keadilan di Malaysia masih tetap utuh berpaksikan kepada prinsip kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

    “Para hakim yang menganggotai panel hakim kes ini juga telah berikrar dan bersumpah untuk mempertahankan prinsip Perlembagaan ini.

    “Perlembagaan itu sendiri telah meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

    “Namun, agama Islam itu harus ditadbir urus mengikut prinsip yang ditetapkan.

    “Isu sebenar dalam kes Nik Elin ini sebenarnya bukanlah berkaitan dengan mencabar kedaulatan Islam atau suatu pencerobohan ke atas bidang kuasa Mahkamah Syariah tetapi sebenarnya adalah satu ujian kepada prinsip,” katanya.

    Terdahulu, seorang peguam bersama anaknya dari Kelantan berjaya dalam permohonan mereka mendapatkan pembatalan daripada mahkamah tertinggi negara terhadap 16 peruntukan enakmen kesalahan jenayah Negeri terbabit.

    Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 8-1 pada hari ini membenarkan petisyen Nik Elin Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman.

    Keluarga itu mencabar perlembagaan 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

    Bagaimanapun, mahkamah tertinggi hanya membenarkan 16 daripada 18 peruntukan yang dimohon mereka.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,204FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts