Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Abot' dan 'Rambai' berjaya pujuk 'Aga Legap' pindah

    ‘Abot’ dan ‘Rambai’ berjaya pujuk ‘Aga Legap’ pindah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya memindahkan seekor gajah liar selepas hampir sebulan dilaporkan mengganggu kebun dan menimbulkan ketakutan kepada penduduk Orang Asli di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Legap di Sungai Siput hari ini.

    Gajah jantan seberat 1.8 tan yang diberi nama ‘Aga Legap’, dipercayai tersesat daripada kumpulan gajah ID Piah di hutan simpan berhampiran dan berjaya ditangkap pada Khamis lepas.

    Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata dua ekor gajah denak bernama ‘Abot’ dan ‘Rambai’ digunakan bagi menjinakkan gajah liar terbabit untuk melancarkan proses pemindahan selama kira-kira empat jam bermula 8 pagi tadi.

    “Gajah berusia anggaran 11 tahun ini akan dilepaskan ke habitat asalnya dan ada beberapa lagi aduan di Pos Perwor yang kita akan ambil tindakan bersesuaian.

    “Sebelum ini kita bertindak menggunakan kaedah menghalau semula gajah ini ke hutan, tetapi kini tiba masa untuk mengambil tindakan menangkap disebabkan haiwan liar ini biasanya akan kembali apabila hanya dihalau,” katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi itu yang melibatkan 29 petugas Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dan Perhilitan Perak.

    Beliau berkata pihaknya menerima lapan aduan gangguan gajah di daerah Sungai Siput bulan lepas khususnya di Pos Perwor dan Lintang.

    Sementara itu, Tok Batin Ahab Sudin, 56, dari Kampung Perjek di RPS Legap berkata penduduk berasa lega apabila tindakan pantas Perhilitan berjaya menangkap gajah yang sering menganggu sekitar kawasan kampung itu.

    “Kami sering berjaga-jaga terutama pada waktu malam selama beberapa minggu ini kerana bimbang diserang gajah,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, Yusoff berkata pihaknya tidak menerima aduan baharu berkaitan laporan seekor harimau belang dilihat di Jalan Baling-Kuala Kangsar berdekatan Kampung Kuala Kenering, Gerik pada Rabu lepas.

    ALSO READ:  Projek pembangunan semula Kg Sg Baru akan diteruskan- Supol PM

    “Kenyataan yang mengatakan sudah sebulan harimau berkeliaran di kawasan itu tidak tepat kerana pihak kami pergi ke lokasi dan mendapati aduan itu tidak berasas.

    “Aduan harimau ini masih baru dan muncul dalam seminggu hingga dua minggu. Walaupun telah memasang peranangkap, kita berharap harimau ini kembali semula ke Hutan Simpan Papulut,” katanya.

    Yusoff menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya terserempak dengan haiwan itu kerana harimau tidak agresif sekiranya tiada provokasi, terlalu tua atau mengalami kecederaan.

    Beliau turut meminta kerjasama orang awam supaya melaporkan kepada pihak Perhilitan mengenai aktiviti mencurigakan seperti pemburu haram bagi menyelamatkan Harimau Malaya yang hanya terdapat di Semenanjung Malaysia.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts