Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAda tiga nama intai jawatan ketua Pemuda Amanah

    Ada tiga nama intai jawatan ketua Pemuda Amanah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sekurang-kurangnya terdapat tiga nama yang berminat untuk bersaing dan menawarkan diri menjadi ketua Pemuda Amanah Nasional setakat ini. Timbalan ketua sayap Amanah itu, Razak Ridzuan, berkata selain Mohd Hasbie Muda yang juga ketua sekarang, hasrat tersebut juga disuarakan Adun Batu Tiga di Shah Alam, Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid. Calon ketiga, kata Razak, merupakan exco Pemuda Amanah Nasional dan bukan bertaraf wakil rakyat namun sudah giat bergerak aktif secara di belakang tabir. “Tapi dia sudah mendapat sokongan daripada beberapa Pemuda Amanah Negeri,” katanya kepada Malaysiakini hari ini. Tambah Razak dia juga sudah membuat keputusan untuk bersama calon ketiga tersebut kerana mereka berkongsi hasrat dalam parti iaitu mahu membawa pembaharuan kepada Pemuda Amanah. Bagaimanapun, Razak enggan mendedahkan identiti calon berkenaan buat masa ini.

    Menurut sumber dalaman, calon ketiga yang sedang mengintai peluang menawarkan diri mengetuai pemuda parti itu ialah exco Pemuda Amanah Perak, Azhar Rahman. Pada 27 Okt lalu Razak mengkritik Hasbie apabila mendakwa sayap parti itu perlu segera lakukan perubahan selepas gagal meraih sokongan pengundi muda dan membawa naratif Melayu Islam untuk menyokong PH. Justeru katanya satu perubahan radikal perlu dibuat supaya pembaharuan berkenaan dapat direalisasikan.

    Berada dalam keadaan selesa

    Mengulas lanjut, Razak berkata kepimpinan sekarang perlu berjiwa besar dan berani mengambil tanggungjawab atas kelemahan sekarang, bukannya menyatakan minat untuk mempertahankan jawatan. “Amanah adalah parti melayu Islam dalam PH. “Kalau ada yang patut mengambil tanggungjawab dan berada di depan mempertahan naratif bahawa PH bukan musuh Melayu dan Islam, ia adalah Pemuda Amanah. “Namun tiada pemimpin yang berjiwa besar yang mahu mengakui kegagalan itu, bahkan pemimpin sekarang mahu pertahan jawatan, bukannya memberi laluan kepada orang lain. “Pemuda Amanah tetap berada dalam penafian dan menganggap parti berada dalam keadaan cukup baik,” katanya.

    ALSO READ:  Three killed in Russian attack on Ukraine's Zaporizhzhia

    Konvensyen Pemuda Amanah dijangka berlangsung Nov dan perwakilan akan memilih seramai 27 orang calon untuk mengisi jawatan di peringkat nasional. Mereka kemudian akan berunding sesama sendiri untuk menentukan siapa yang patut dilantik memegang jawatan utama, termasuk ketua dan timbalan ketua pemuda. Kata Razak keinginan Pemuda Amanah untuk mengelak persaingan dalam parti adalah sikap mundur sehingga menutup menutup ruang kepada pembaharuan. “Soal pertandingan atau pertembungan sepatutnya tidak keluar dari mulut pimpinan pemuda. “Pertandingan atau persaingan adalah lumrah dalam mana-mana organisasi demokrasi,” katanya.

    Dalam keadaan sekarang kata Razak Pemuda Amanah memerlukan pemimpin yang berwawasan dan proaktif. “Sebalikya Pemuda Amanah kini berada dalam keadaan beku, terlalu selesa dengan apa yang ada sehingga tak mampu membawa idea baru atau bergerak ke hadapan,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts