Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAdakah minum bir sekarang sensitif? Pengundi soal calon PN

    Adakah minum bir sekarang sensitif? Pengundi soal calon PN

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Calon PN Khairul Azhari Saut hari ini berkempen dengan melakukan lawatan secara berjalan kaki di sekitar sebuah kampung baru Cina di Kuala Kubu Baharu.

    Ketika singgah ke sebuah kopitiam di Kampung Air Panas, Kerling kira-kira 10.35 pagi tadi, Khairul disapa pengundi yang menyoalnya mengenai minum minuman keras.

    Selepas bersalaman dengan Presiden Gerakan Dominic Lau, Khairul dan pasukan PN terus menemui pengunjung di kopitiam itu.

    Terdapat kira-kira empat atau lima meja diduduki pengunjung di kopitiam itu dengan satu darinya menempatkan beberapa orang lelaki pertengahan umur sedang menikmati minuman keras.

    Lau yang menghampiri meja itu turut bersalaman dan memperkenalkan Khairul kepada mereka yang berada disitu.

    Salah seorang lelaki di situ secara berseloroh bertanya, “YB, adakah minum (bir) sekarang sensitif?”

    Bagaimanapun, salah seorang daripada pasukan kempen Khairul menjawab, “YB sahaja tidak boleh (minum).”

    Namun, Lau sempat mencelah dengan berkata bawa Khairul tidak boleh tetapi dia boleh.

    “Dia tidak boleh (minum, tapi) saya boleh. Saya mewakili (dia untuk) minum,” seloroh Lau.

    Khairul yang menyaksikan seloroh tersebut hanya tersenyum.

    “Enjoy, enjoy,” katanya sebelum beredar dari kopitiam itu untuk meneruskan kempennya.

    Khairul turut berkesempatan beramah mesra dengan pengundi lain dan dilihat sempat mendukung bayi seorang wanita.

    20 minit kemudian Khairul mengakhiri sesi turun padangnya bersama pengundi setempat.

    Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PN, Khairul Nadzir Helmi Azhar yang turut serta dalam siri lawatan itu memaklumkan tiada sidang media akan dibuat oleh calon partinya itu namun menyatakan Khairul sedia ditemubual sekiranya ada persoalan yang ingin dibangkitkan.

    Bagaimanapun media diingatkan untuk tidak menyoal khabar angin yang menuduh calon PN mempunyai hutang tertunggak sejumlah hampir RM40,000.

    ALSO READ:  Polis siasat penganjur perarakan wanita 2024

    Ada beberapa penyokong Khairul kemudian kelihatan tidak berpuas hati kerana media masih cuba membangkitkan soalan itu.

    Khairul Nadzir dilihat menyoal tindakan itu berkata wartawan tidak menggunakan standard yang sama kepada calon PH.

    Sebelum ini tular satu hantaran di media sosial yang menyoal kredibiliti calon PN kelahiran Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Baharu itu yang didakwa masih dibelenggu hutang bernilai RM37,363 dengan syarikat penyedia perkhidmatan.

    Bagaimanapun, pemangku ketua Bersatu Hulu Selangor itu mengelak ketika ditanya pemberita mengenai perkara berkenaan.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts