Suara Malaysia
Saturday, January 11, 2025
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
HomeNewsHeadlinesAdakah salah berjumpa dengan Ismail Haniyeh, tanya PM

Adakah salah berjumpa dengan Ismail Haniyeh, tanya PM

-

Fly AirAsia from Kuala Lumpur

Perdana Menteri mempertahankan tindakannya mengadakan pertemuan dengan pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh, semasa dia berada di Qatar pertengahan bulan ini.

Bercakap pada sesi soal jawab di Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia ke-29 (Persidangan Nikkei) di Tokyo, Anwar Ibrahim berkata dia dan Ismail sudah berkawan “selama beberapa dekad”.

Justeru, katanya, tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh bertemu.

Anwar menjelaskan semasa pertemuan itu dia merayu kepada Ismail agar mematuhi seruan untuk berdamai, menerima penyelesaian dua negara bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin, dan mengadakan pertukaran tahanan.

“Adakah (bertemu Ismail) satu kesalahan? Adakah saya mempromosikan keganasan? (Jawapan saya) Tidak.

“Saya menggesa (Ismail supaya akur dengan usaha perdamaian) kerana saya ada kelebihan. Apa kelebihan saya, kenal mereka (Ismail/Hamas) dan mereka lihat saya sebagai kawan,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Pertemuan Anwar dengan Ismail mencetuskan pelbagai andaian terutama apabila Malaysia didakwa menyalurkan dana kepada Hamas yang dianggap pertubuhan pengganas oleh Israel, AS serta sekutu mereka.

Anwar dilaporkan berkata sebagai rakan dia bertanggungjawab untuk mencuba dan mendapatkan penyelesaian secara aman bagi menamatkan konflik Israel-Palestin.

Tambahnya adalah penting untuk melihat keadaan di Gaza sebagai krisis kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Tidak kira ideologi atau hubungan dengan negara lain, bolehkah kita membenarkan, atau menutup mata terhadap kekejaman itu daripada berlaku?” soalnya.

Menurut Anwar, serangan pada 7 Okt yang dilancarkan Hamas – dan dijadikan punca peranang di Gaza – tidak sekali-kali dapat memadamkan tujuh dekad penindasan yang dilakukan rejim Zionis terhadap Palestin.

Justeru, tegasnya, itulah alasan untuk Malaysia menyokong penyelesaian konflik dua negara itu.

“Apa yang penting sekarang ialah menghentikan semua pembunuhan, berhenti menembak wanita dan kanak-kanak, serta memusnahkan hospital, sekolah, dan masjid,” jelasnya dipetik sebagai berkata.

ALSO READ:  K’jaan sita kilang beras di Kedah sorok 180 tan metrik beras

Anwar seterusnya menggesa supaya bantuan kemanusiaan dipertingkatkan kepada mereka yang terjejas akibat peranang.

Lebih 35,000 rakyat Palestin terbunuh sejak konflik di Gaza tercetus dengan majoritinya membabitkan golongan wanita dan kanak-kanak.

Suara
Suarahttps://www.suara.my
Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

Related articles

ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

Subscribe to Newsletter

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

Latest posts