Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAdun Astaka gesa k’jaan bertindak ke atas pihak hasut hubungan kaum

    Adun Astaka gesa k’jaan bertindak ke atas pihak hasut hubungan kaum

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Adun Astaka, Jason Ng Thien Yeong menggesa kerajaan bertindak terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan.

    Merujuk kepada cadangan Perkasa supaya Petronas diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan Bumiputera untuk kontrak pemasangan panel solar, katanya, ugutan golongan ekstrim itu berasaskan sentimen kaum dan bukannya berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

    “Jika cadangan keterlaluan dan regresif Perkasa itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

    “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend boikot yang semakin serius di negara kita.

    “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” kata Ng dalam satu kenyataan, hari ini.

    Pemimpin DAP itu berkata, ayarikat Solarvest yang telah diberi kontrak pemasangan panel solar oleh Petronas adalah sebuah syarikat awam tersenarai yang mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu.

    Kepakaran mereka, menurutnya bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad.

    “Saya menghargai Petronas yang telah mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan bahawa pemberian kontrak adalah berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan Perkasa.

    “Malah, majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan tersebut dan membuktikan amalan perkauman yang ekstrim masih ditolak di dalam negara kita.

    “Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrim ini,” kata Ng lagi.

    ALSO READ:  Perarakan wanita 2024 raikan kepelbagaian identiti

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz pada 15 Mac lalu dipetik Bernama sebagai berkata pengundian itu adalah berdasarkan merit.

    Sebelum ini, selain Perkasa, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) juga menyatakan kekesalan terhadap Petronas yang melantik syarikat bukan bumiputera bagi pemasangan sistem solar di 300 stesen minyaknya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts