Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAdun Bersatu perbaharui ikrar, baiah depan Muhyiddin

    Adun Bersatu perbaharui ikrar, baiah depan Muhyiddin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bersatu mengakui langkah mengambil alih kerajaan pusat terganggu ekoran langkah empat ahli parlimen mereka memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris, menyatakan bahawa perkembangan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan ahli parti terbabit khususnya di peringkat akar umbi. Razali juga mengecam empat ahli parlimen Bersatu yang dianggap lemah dalam prinsip perjuangan dan mempertahankan keputusan parti untuk menjadi pembangkang. Hari ini semua ahli dewan undangan Negeri (Adun) Bersatu dikumpulkan untuk bertemu dan melafazkan ikrar taat setia di depan presiden mereka, Muhyiddin Yassin. Razali juga mengatur perjumpaan khas semua Adun Bersatu dari seluruh Negara untuk bertemu YB Tan Sri Presiden Parti bagi menyatakan kesetiaan kepada parti melalui ikrar yang diperbaharui. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada Adun Nenggiri di Kelantan yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim, turut hadir. Mohd Azizi adalah ahli parlimen Bersatu yang ketiga menyatakan sokongan kepada Anwar. Langkah memberikan sokongan kepada perdana Menteri itu didahului Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzukarnain Abdul Khalid pada 11 Okt lalu; diikuti Suhaili Abdul Rahman (Labuan) pada 30 Okt. Selepas Mohd Azizi kurang dari 24 jam kemudian seorang lagi ahli parlimen Bersatu, Zahari Kechik (Jeli) turut mengambil langkah sama.

    Dengan sokongan empat ahli parlimen itu, Anwar dan kerajaan kini mendapat majoriti mutlak (lebih dua per tiga) dalam Dewan Rakyat. Razali berharap dengan langkah melafazkan ikrar dan baiah kepada Muhyiddin itu keyakinan ahli parti kepada komitmen wakil rakyat mereka akan dapat dipulihkan. Dalam perkembangan sama, Razali juga mendakwa usaha mempengaruhi wakil rakyat Bersatu – sama ada ahli parlimen atau Adun – akan tetap berjalan. Katanya banyak desakan agar parti mengambil tindakan tegas ke atas ahli parlimen terbabit kerana ‘membelot’ termasuk mahu mereka dipecat. Namun, apa-apa tindakan yang akan diambil perlulah mengikut peraturan dan perlembagaan parti melalui jawatankuasa disiplin. Tindakan disiplin kepada mana-mana ahli parti perlu mengikut merit kes kerana terdapatnya unsur-unsur tekanan, ugutan, pendakwaan dan pelbagai usaha dari pihak kerajaan serta ejen mereka bagi mempengaruhi ahli-ahli Bersatu mengubah sokongan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts