Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, September 21, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAdun Bersatu Selat Kelang ikrar sokongan kepada MB Selangor

    Adun Bersatu Selat Kelang ikrar sokongan kepada MB Selangor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Adun Selat Kelang, Abdul Rashid Asari hari ini menyatakan sokongannya kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

    Menerusi satu kenyataan, katanya, keputusan itu dibuat dengan rela hati dan tanpa paksaan.

    “Ini setelah saya meneliti ucapan DYMM Sultan Selangor yang memuji pentadbiran kerajaan Negeri Selangor yang berada di landasan tepat demi kemajuan Negeri dan kesejahteraan rakyat.

    “Langkah ini juga adalah akibat daripada beberapa siri tindakan Perikatan Nasional terutamanya Perikatan Nasional Selangor yang dilihat berdiam diri terhadap tohmahan yang dilontar kepada Raja-raja Melayu.

    “Ini adalah berlawanan dengan prinsip orang Melayu beragama Islam,” katanya.

    Bersatu pada 2 Mac lalu meminda perlembagaan parti itu dalam usaha untuk menghalang wakil rakyatnya berpaling tadah.

    Keputusan itu dibuat pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) Sabtu lalu, dengan perwakilan parti sebulat suara menyokong usul untuk meminda Perkara 10 perlembagaan Bersatu.

    Artikel itu menetapkan perkara berkaitan peletakan jawatan dan pemecatan ahli parti.

    Sebelum ini, enam ahli parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

    Mereka ialah Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), dan Suhaili Abdul Rahman ( Labuan).

    [Berita penuh menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts