Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAdun DAP: Kami tak akan panggil Akmal 'bodoh' tapi bahas dengan prestasi

    Adun DAP: Kami tak akan panggil Akmal ‘bodoh’ tapi bahas dengan prestasi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang Adun DAP berkata pemimpin parti itu tidak akan melabel Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai “bodoh” meskipun label itu dilemparkan ketua Pemuda Umno itu terhadap naib presiden parti, Nga Kor Ming.

    Sebaliknya, kata Adun Canning Jenny Choy Tsi Jen, pemimpin DAP akan “bahas dengan prestasi, sangkal dengan fakta”.

    Ini selepas Akmal menafikan kempen boikot yang diperjuangkannya menjejaskan ekonomi.

    Sebaliknya, Akmal sebelum ini menegaskan bahawa kerana Menteri “bodoh” seperti Nga – yang menerajui portfolio perumahan dan kerajaan tempatan – yang menurutnya menyebabkan ekonomi berprestasi buruk.

    “Yang baik jadikan teladan, yang jahat jadikan sempadan. Akmal adalah seorang yang patut dilakar sempadan.

    “Perbezaan pendapat dalam politik itu amat biasa. Segala ketidak-seirasan pendapat boleh dibahas dengan fakta.

    “Namun jika fakta itu tidak mampu disangkal maka dia gunalah serangan tanpa asas. Itu taktik Akmal,” kata Choy dalam satu kenyataan hari ini.

    Memetik komen Akmal bahawa Nga adalah seorang Menteri yang gagal dan punca ekonomi merosot, Choy menyenaraikan pencapaian Nga setakat ini.

    “Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mendapat Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) Tahun 2022-2023 Kategori Platinum. Ini fakta.

    “Akmal kata Menteri KPKT itu penyebab ekonomi teruk. Namun Menteri KPKT menduduki tempat ke-4 Menteri yang rakyat paling puas hati dalam 100 hari pertama.

    “Kajian selidik ini bukan kajian selidik DAP, itu kajian selidik Sinar Harian, Astro AWANI, Sin Chew, The Star dan Malaysia Nanban.

    “Yang baik jadi teladan. KPKT boleh jadi teladan. Untuk Malaysia, untuk negara tercinta,” kata timbalan speaker dewan undangan Negeri Perak itu.

    Komen Akmal mengenai Nga sebagai “bodoh” hadir selepas pemimpin DAP itu menyiarkan di X mengatakan bahawa pekerja tempatan menanggung sengsara akibat boikot yang diseru oleh pihak tidak bertanggungjawab.

    ALSO READ:  Kes dadah: Lelaki terlepas tali gantung, pertuduhan dikurangkan

    “Jangan sekali-kali jatuh ke dalam peranangkap penghasut, negara kita memerlukan usaha semua pihak untuk membangunkan ekonomi negara,” kata Nga.

    Dilampirkan pada catatan Nga ialah tangkapan skrin laporan media yang menonjolkan kesusahan pekerja tempatan yang didakwa terjejas oleh pemboikotan perniagaan.

    Akmal lantang menggesa boikot terhadap KK Mart susulan isu stoking tertera kalimah ‘Allah’.

    Pemimpin Umno itu juga baru-baru ini menggesa boikot terhadap produk usahawan kosmetik Aliff Syukri susulan klip video Hari Raya yang dianggap tidak menghormati kesucian Ramadan.

    Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Ismail berkenan mengadap pemimpin Umno dan DAP, termasuk Akmal, di Istana Negara dan menggesa mereka menumpukan kepada perpaduan, bukan perpecahan.

    Sementara itu, Nga telah memilih untuk tidak membalas kata-kata Akmal.

    Dalam hantaran di X, Nga sekadar berkongsi laporan media mengenai pengiktirafan Agong untuk kementeriannya.

    Tanpa merujuk kepada komen Akmal, Nga menulis “Kami mengambil berat, kami berkhidmat dan kami laksanakan. Biar fakta yang tunjukkan. Kami akan memberi tumpuan untuk meneruskan prestasi dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati di mata dunia.”



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts