Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAdun Nenggiri sahkan masih sokong k’jaan Negeri Kelantan

    Adun Nenggiri sahkan masih sokong k’jaan Negeri Kelantan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim mengesahkan bahawa beliau masih menyokong kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin PAS.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dari Perikatan Nasional (PN) berkata sokongan beliau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya di peringkat Persekutuan.

    “(Saya) masih menyokong kerajaan Negeri,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Bharu hari ini.

    Mohd Aziz berkata kedudukan beliau juga masih kekal dalam blok kerajaan pada persidangan itu.

    “Setakat ini tiada apa-apa perubahan dari segi susunan tempat duduk. DUN pun tidak buat apa-apa keputusan lagi,” katanya.

    Pada 7 Nov lepas, Mohd Azizi menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah meneliti dan mendengar Belanjawan 2024 yang dibentangkan dengan matlamat utama untuk memangkinkan pemulihan ekonomi di samping meringankan beban kewangan rakyat Malaysia.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts