Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAdun Sidam dilantik ketua pembangkang DUN Kedah

    Adun Sidam dilantik ketua pembangkang DUN Kedah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam Bau Wong Bau Ek telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Kedah ke-15 di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

    Speaker DUN Kedah, Zubir Ahmad mengumumkan pelantikan Bau Wong dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagi menggantikan bekas ADUN Suka Menanti Datuk Zamri Yusuf.

    Bau Wong, 56, merupakan salah seorang daripada tiga ADUN Pakatan Harapan (PH) yang memenangi tiga daripada 33 kerusi DUN Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lepas.

    Beliau menang dengan majoriti 954 selepas meraih 21,859 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Julaiana Abdul Ghani yang memperoleh 20,905 undi.

    Bau Wong adalah bekas pegawai khas Ahli Parlimen Sungai Petani Tan Sri Johari Abdul bermula 2018 hingga 2022 dan meneruskan khidmat sama kepada Dr Mohammed Taufiq Johari yang memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15, sebelum bertanding dalam PRN yang lepas.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts