Anggota dewan undangan Negeri (Adun) Sungai Bakap Nor Zamri Latiff meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, hari ini.
Perkara itu dikongsi Adun Penaga Mohd Yusni Mat Piah dalam hantaran di media sosialnya sebentar tadi.
âBelasungkawa buat sahabat seperjuangan. Adun Sungai Bakap Pulau Pinang, YB Nor Zamri Latiff baharu sahaja menghembuskan nafas terakhir jam 1.38 petang di ICU Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang.
âJenazah Allahyarham akan disembahyang dan dikebumikan jam 6:00 petang hari ini di Masjid Sungai Acheh, Nibong Tebal.
âIstiqamah dengan perjuangan Islam hingga ke penghujung hayat. Berehatlah wahai sahabatku, kematian yang dicemburui. Hari Jumaat Sayyidul Ayyam,â katanya.
Pada 1 Mei lalu Nor Zamri, 56, yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menerima rawatan di ICU Hospital Seberang Jaya kerana mengalami keradangan dalam perut.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff dilaporkan berkata dia dimaklumkan oleh ahli keluarga berhubung keadaan kesihatan Nor Zamri yang ketika itu ditidurkan.