Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAfidavit adendum: MKT anggap Zahid berani, solid bela Najib

    Afidavit adendum: MKT anggap Zahid berani, solid bela Najib

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno hari ini menyatakan rasa penghargaan dan memuji tindakan Ahmad Zahid Hamidi yang dianggap berani kerana mengemukakan afidavit bagi membela Najib Razak.

    Seorang ahli MKT yang enggan didedahkan identitinya memberitahu Malaysiakini, badan itu memang ada membincangkan isu titah tambahan (adendum) yang didakwa dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

    Bagaimanapun dia tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenai perbincangan berkenaan.

    “MKT serah (tindakan lanjut) pada presiden (Ahmad Zahid) selepas mahkamah buat keputusan pada 5 Jun nanti, tetapi MKT merakamkan terima kasih kerana presiden berani dan sanggup buat afidavit.

    “Itu dianggap oleh Umno sebagai solid (kukuh) dan tegas membela Najib untuk mendapat perbicaraan adil,” katanya selepas selesai menghadiri mesyuarat MKT Umno di Kuala Lumpur hari ini.

    Mesyuarat MKT Umno dipengerusikan Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana Menteri.

    Sebelum ini Ahmad Zahid memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan titah adendum Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

    Titah tambahan itu dikatakan bagi membolehkan Najib menghabiskan baki hukuman penjaranya di rumah.

    Sebelum itu bekas Menteri besar Pahang berkenaan sudah diberikan keringanan hukuman iaitu pemotongan tempoh tahanan penjara serta denda yang perlu dibayarnya.

    Ahmad Zahid memfailkan afidavit itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu setelah melihat dan membaca titah itu didakwanya melalui Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, pada 30 Jan.

    Sementara itu, seorang lagi ahli MKT, Mohd Sharkar Shamsudin, mengesahkan isu titah tambahan itu dibangkitkan dan dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.

    Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana perkara itu masih dalam proses mahkamah.

    ALSO READ:  Greece battles Europe's deadliest fire of the summer for 10th day
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts