Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAG digesa dedah nasihat pada Lembaga Pengampunan

    AG digesa dedah nasihat pada Lembaga Pengampunan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang peguam jenayah hari ini menggesa Peguam Negara (AG) Ahmad Terrirudin Mohd Saleh mendedahkan nasihat yang diberikannya kepada Lembaga Pengampunan berhubung hukuman Najib Razak.

    Bercakap dalam wawancara di radio pagi ini, Goh Cia Yee berkata Terrirudin adalah individu penting dalam lembaga itu dan pendirian bertulisnya diambil kira lembaga.

    Namun, dia berkata orang ramai masih tidak mengetahui pendirian yang diambil Terrirudin berhubung permohonan pengampunan yang dibuat Najib.

    “AG biasanya memberi pandangan bertulis kepada Lembaga Pengampunan. Jadi sebenarnya pandangan itu perlu diambil kira juga.

    “Apa (kandungan) pandangan bertulis ini, kita tak begitu pasti,” katanya ketika wawancara bersama penyampai radio BFM, Wong Shou Ning.

    Menurut Goh, tiada duluan berkenaan AG atau Lembaga Pengampunan memaklumkan kepada orang awam berkenaan sebab atau asas keputusan yang dibuat.

    Namun, katanya lagi, sama ada AG boleh diminta untuk berbuat demikian atau tidak masih boleh dibawa ke mahkamah memandangkan ia membabitkan kepentingan awam.

    “Kita ingin tahu apa pendirian AG dalam Lembaga Pengampunan. Walaupun tiada undang-undang yang secara khusus menyatakan AG perlu berbuat demikian, apa yang kita boleh buat mungkin menulis surat untuk meminta (dia berbuat demikian).

    “Jika AG enggan, maka kita boleh mulakan semakan kehakiman atau seumpamanya untuk lihat jika mahkamah boleh mengarahkan AG untuk menyatakan pandangannya kepada orang awam,” katanya lagi.

    Pandangan itu disokong seorang lagi ahli panel, P Gunasegaram yang berpendirian sebab di sebalik pengurangan hukuman Najib adalah isu kepentingan awam dan perlu didedahkan.

    “Ini memberi kesan kepada pendirian kita menentang rasuah.

    “Jika anda ada perdana Menteri yang cukup korup dan diberi pengampunan, apa jenis isyarat yang ditunjukkan kepada orang lain?” soal penulis buku 1MDB:The Scandal That Brought Down A Government itu.

    ALSO READ:  Norway dijemput sertai sidang kawal selia telekomunikasi Asean

    Kumpulan G25 dalam kenyataan hari ini turut menggesa Terrirudin untuk mendedahkan nasihat yang diberikannya kepada Lembaga Pengampunan.

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada mulanya menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabit bersalah dalam kes rasuah RM42 juta SRC International.

    sabitan dan hukuman itu kemudian dikekalkan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

    Pada minggu lalu, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman itu kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts