Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAG, Idrus hanya dijemput ke mesyuarat, bukan diarah datang

    AG, Idrus hanya dijemput ke mesyuarat, bukan diarah datang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi (PSSC) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan bekas peguam negara Idrus Haron untuk menghadiri prosidingnya. Sebaliknya, kata Pengerusi PSSC, William Leong menjelaskan bahawa jawatankuasa itu sebelum ini hanya menjemput kedua-dua mereka untuk terlibat dalam mesyuarat PSCC.

    “Pada kesempatan ini, penting untuk saya jelaskan bahawa PSCC ini tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan (summon) kepada peguam negara dan bekas peguam negara ke PSCC. Sebaliknya, PSSC ini atas dasar ketulusan, hanya akan menjemput mereka untuk turut terlibat dalam mesyuarat PSCC ini. “PSCC ini menyedari dan menghormati kuasa peguam negara dalam menjalankan budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang prosiding mahkamah selaras dengan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Pada 12 September lalu, Leong dilaporkan berkata PSCC akan memanggil peguam negara untuk tampil menjelaskan keputusan menarik balik semua 47 pertuduhan terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam kes penyelewengan dana Yayasan Akalbudi. Ia susulan rasa tidak puas hati dan kekeliruan orang ramai berhubung keputusan mahkamah melepas tanpa dibebaskan (DNAA) timbalan perdana Menteri itu pada 4 September lalu.

    Dalam kenyataan hari ini, Leong menjelaskan tujuan menjemput Terrirudin dan Idrus adalah supaya mereka membantu PSCC memahami beberapa isu berhubung kekhuatiran terhadap percanggahan kuasa dan kepentingan yang timbul. “Terutamanya berkaitan kes-kes berprofil tinggi apabila peguam negara yang merupakan penasihat undang-undang utama kepada kerajaan.

    “Pada masa sama, sebagai pendakwa raya seperti yang telah digariskan di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 Kanun Acara Jenayah, khususnya berkaitan dengan implikasi dan cadangan terhadap pemisahan kedua-dua perananan dan tugas tersebut,” katanya.

    ALSO READ:  Blasts reported in several Ukrainian regions amid Russian missile attack

    Katanya PSCC akan turut menjemput beberapa pertubuhan NGO seperti Bersih, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) untuk menghadiri mesyuarat berkenaan. Susulan keputusan mahkamah terhadap Zahid minggu lalu, pembangkang dan pertubuhan masyarakat sivil termasuk Badan Peguam sebelum ini mengkritik tindakan pendakwa raya di bawah Jabatan Peguam Negara yang memohon DNAA terhadap kes berkenaan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts