Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAGC siasat ‘memo bocor’ cadang gugur pertuduhan pada Najib

    AGC siasat ‘memo bocor’ cadang gugur pertuduhan pada Najib

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang menyiasat dakwaan dokumen bocor berkaitan pertuduhan terhadap Najib Razak dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah. Peguam Negara Idrus Harun enggan mengulas kandungan dokumen 12 halaman itu. “Kami sedang siasat kebocoran dokumen itu,” kata Idrus kepada The Star. Dokumen tersebut didakwa sebagai memo dalaman dari pasukan pendakwaan International Petroleum Investment Company (Ipic) kepada bekas peguam negara Tommy Thomas.

    Salinannya juga dikatakan dihantar kepada ketua pendakwaan AGC Manoj Kurup. Dokumen pada 2019 itu, yang kemudian tular, mencadangkan enam pendakwaan terhadap kes rasuah Najib dan Irwan digugurkan atas alasan pihak pendakwaan merasakan kes prima facie yang kukuh tidak dapat dikemukakan kepada mereka berdua.

    Sementara itu, Thomas berkata dia tidak ingat berkaitan dakwaan memo itu. “Pengunduran saya pada Februari 2020 tidak dijangka, dan saya tinggalkan (pejabat) tanpa ambil satu fail pun. Justeru, saya tidak ingat semua ini, kerana saya sekarang tiada akses kepada fail AGC,” katanya.

    Najib dan Irwan pada 2018 dituduh di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah melibatkan dana kerajaan RM6.6 bilion.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts