Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAGC tolak gesaan Hamzah supaya semak 'pendakwaan terpilih'

    AGC tolak gesaan Hamzah supaya semak ‘pendakwaan terpilih’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Peguam Negara Menolak Desakan Untuk Meneliti Semula Pendakwaan

    Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan jabatan itu tidak mempunyai sebab atau alasan yang munasabah untuk meneliti semula semua kes yang telah didakwa di mahkamah.

    Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun berkata setiap keputusan untuk pendakwaan dibuat setelah meneliti dan menimbangkan dengan sepenuhnya semua keterangan yang ada dan dibentangkan oleh agensi-agensi penguat kuasa serta menurut undang-undang berkaitan.

    “Tidak terdapat sebarang campur tangan politik atau tekanan untuk memulakan apa-apa pendakwaan. Jabatan Peguam Negara sentiasa bertindak secara bebas dan profesional, mengikut tatacara yang telah ditetapkan dalam memulakan pertuduhan terhadap mana-mana individu,” katanya dalam kenyataan.

    Idrus berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mendesak Peguam Negara supaya menyemak dan mengkaji semula semua pendakwaan terpilih terhadap pimpinan Bersatu dan PN untuk tujuan ditarik balik.

    Desakan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu berkaitan projek Jana Wibawa.

    Mengulas lanjut, Idrus berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Pengerusi PN itu hanya melibatkan empat pertuduhan predikat di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

    Beliau berkata keputusan itu dibuat hanya berdasarkan ruang lingkup permohonan yang telah difailkan oleh pemohon.

    “Notis rayuan telah difailkan oleh pihak pendakwaan untuk mencabar keesahan keputusan itu manakala tiga pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 masih kekal,” katanya.

    ALSO READ:  Tiada sebut wang RM2 juta untuk Guan Eng - saksi

    Justeru, Idrus berkata pihaknya memandang serius kenyataan yang berkecenderungan menjejaskan kredibiliti AGC dan menggesa semua pihak supaya berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan yang mencadang atau membayangkan bahawa integriti dan kebebasan jabatan itu telah dikompromi oleh campur tangan politik atau pengaruh yang tidak wajar.

    “Jabatan Peguam Negara selanjutnya menegaskan bahawa jabatan ini bertindak secara bebas dan profesional pada setiap masa dalam menjalankan fungsi Jabatan Peguam Negara untuk menegakkan keadilan selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts