Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Agensi diberi 3 bulan kenal pasti keluarga tercicir program basmi kemiskinan'

    ‘Agensi diberi 3 bulan kenal pasti keluarga tercicir program basmi kemiskinan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Agensi kerajaan diberi masa tiga bulan untuk mengenal pasti keluarga memerlukan yang masih belum dimasukkan dalam program pembasmian kemiskinan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan juga menimbang untuk memberi bantuan bulanan untuk membantu isi rumah yang tidak dapat menyertai program menjana pendapatan atas sebab kesihatan atau kurang upaya, agar mereka dapat keluar daripada garis kemiskinan.

    Beliau berkata semua agensi dan kementerian turut ditugaskan untuk mengemas kini data mereka bagi mendapatkan jumlah isi rumah miskin tegar yang telah dibantu dan dijana pendapatan melebihi Paras Garis Kemiskinan (PGK) makanan pada tahun ini. Anwar memaklumkan perkara itu dalam kenyataan berkenaan hasil mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini.

    PGK makanan merujuk kepada pendapatan yang diperlukan sebuah isi rumah untuk mencapai keperluan kalori harian. PGK makanan di Malaysia adalah RM1,198 sebulan.

    Pembasmian kemiskinan menerusi penjanaan pendapatan merupakan antara dasar utama kerajaan semasa. Antara program dalam usaha itu adalah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang bertujuan membantu isi rumah miskin menjana pendapatan lebih RM2,000 sebulan menerusi penjualan makanan, pertanian, perkhidmatan atau kerja penyelengaraan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts