Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesAgong beri 'lesen' untuk speaker bertegas pada MP degil, biadab

    Agong beri ‘lesen’ untuk speaker bertegas pada MP degil, biadab

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pada hari pertama sidang Dewan Rakyat bagi penggal ketiga Parlimen ke-15 hari ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memberi ‘lesen’ kepada speaker untuk bertindak tegas ke atas wakil rakyat yang gagal mematuhi disiplin.

    Bertitah pada majlis perasmian pagi ini Sultan Ibrahim memberitahu baginda pernah berasa “malu” untuk memasuki parlimen selepas melihat tingkah laku sesetengah ahli dewan.

    “Kalau tengok peranangai ahli parlimen sebelum ni, saya rasa malu hendak masuk ke dewan ni,” titah baginda disambut dengan tepukan meja ahli-ahli parlimen.

    Titah baginda lagi, parlimen ialah tempat sesuatu undang-undang negara digubal, justeru ahlinya mesti menunjukkan contoh teladan yang baik.

    “Oleh itu, adalah tidak masuk akal penggubal itu gagal mematuhi peraturan yang dibuat.

    “Menjadi harapan saya agar semua ahli parlimen tunjukkan contoh teladan baik apabila berada di dewan yang mulia ini.

    “Jaga adab dan tatatertib, gunakan tutur kata yang sopan, bukan maki-hamun orang lain,” titahnya.

    Menurut Sultan Ibrahim Dewan Rakyat dan Dewan Negara perlu memastikan semua anggotanya mematuhi peraturan yang ditetapkan di sepanjang tempoh persidangan.

    “Saya beri greenlight (lampu hijau) kepada speaker untuk ambil tindakan terhadap ahli parlimen yang melampaui batas… boleh banned (gantung) 14 hari jika ada yang masih degil,” titah baginda lagi.

    [Laporan lanjut menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts